ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Berita Perdana, 8 Julai 2025: SHENA melancarkan WSHCON 2025

Автор: SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY

Загружено: 2025-07-08

Просмотров: 8051

Описание: Selasa, 8 Julai 2025 – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah memperingati sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja bagi tahun ini dengan pelancaran rasmi Persidangan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHCON) 2025 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Dengan tema “Merevolusikan Kesihatan dan Keselamatan: Peranan AI dan Pendigitalan di Tempat Kerja”, yang menekankan bagaimana automasi, analitik data, sistem pintar, dan pengurusan tenaga kerja berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) boleh mengubah amalan di tempat kerja. Walaupun AI menawarkan potensi besar untuk meningkatkan keselamatan melalui pemantauan bahaya secara masa nyata, analisis risiko secara ramalan dan latihan keselamatan yang disesuaikan, ia juga menimbulkan cabaran baharu termasuk privasi data, etika penggunaan teknologi dan kesiapsiagaan tenaga kerja. Seiring dengan kemajuan agenda transformasi digital negara, WSHCON 2025 menjadi platform penting bagi pengawal selia, peneraju industri, dan penyedia teknologi untuk berkongsi pengetahuan dan berkerjasama dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan pintar.

WSHCON 2025 turut menampilkan pembentangan dariada pakar-pakar serantau dari institusi-institusi termasuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Malaysia; Institute of Ergonomics and Hygiene (IEH), Singapura; AcuiZen Technologies, Singapore; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Malaysia; dan Scorpion Tact Services Sdn Bhd, Malaysia.

Para peserta membincangkan pelbagai topik sepanjang program persidangan, termasuk impak AI terhadap peranan pekerjaan dan amalan keselamatan yang mampan melalui pendigitalan, pelaporan penyakit pekerjaan, kemas kini prestasi keselamatan kebangsaan, kawalan radiasi, dan langkah penguatkuasaan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga), Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengarah SHENA, yang hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi mewakili Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas SHENA.

Dalam ucapan pembukaan yang disampaikan bagi pihak Yang Berhormat Pehin, beliau menekankan potensi transformasi AI dan pendigitalan dalam analitik ramalan, teknologi boleh pakai, dan pemeriksaan berasaskan AI. Ucapan tersebut juga turut menegaskan keperluan pelaksanaan beretika, pengawasan manusia serta penjagaan kesejahteraan mental dalam menghadapi perubahan pesat era digital, serta menekankan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap rangka kerja kawal selia yang kukuh, dengan merujuk kepada Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Bekerja di Tempat Tinggi) 2025 dan pindaan kepada Peraturan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025. Ucapan tersebut diakhiri dengan seruan kepada pendekatan menyeluruh negara ke arah membina budaya keselamatan berpaksikan rakyat yang berdaya tahan, berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah.

Persidangan kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Ucaptama Khas oleh Yang Mulia Professor Ts. Dr. Abdul Mutalib Leman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Ahli Lembaga Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Malaysia, yang bartajuk 'The Role of Artificial Intelligence (AI) and Digitalisation in Occupational Safety and Health', yang menggariskan perspektif utama yang merangka perbincangan sepanjang persidangan tiga hari tersebut.

Turut hadir pada majlis pelancaran WSHCON 2025 termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, Lembaga Pengarah SHENA, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat swasta, wakil-wakil misi diplomatik, serta para profesional dari sektor keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSE) dari seluruh industri.

WSHCON 2025 menampilkan sebanyak lapan (8) sesi panel yang membincangkan teknologi Industri 4.0, pematuhan kontraktor, keselamatan berasaskan tingkah laku, kebersihan pekerjaan, strategi keselamatan inklusif, dan pengurusan risiko. Lebih dua-puluh (20) ahli panel professional dari pelbagai sektor juga telah terlibat dalam persidangan ini, dengan tiga puluh (30) tapak pameran oleh agensi Kerajaan dan pihak industri swasta.

For further information and enquiries:

🖥 www.shena.gov.bn/wshcon25
📞 238 2000

The Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) is committed to ensuring that Brunei Darussalam is a safe place to work and live.

#SHENAbn #WSHCON25

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Berita Perdana, 8 Julai 2025: SHENA melancarkan WSHCON 2025

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

RAMPAI PAGI BRUNEI

RAMPAI PAGI BRUNEI

Anwar fail rayuan isu imuniti, 'Tak cukup jatuhkan Anwar', KJ kunci mulut | SEKILAS FAKTA

Anwar fail rayuan isu imuniti, 'Tak cukup jatuhkan Anwar', KJ kunci mulut | SEKILAS FAKTA

🔴 СРОЧНО ПЕРЕГОВОРЫ ПУТИН, УИТКОФФ, КУШНЕР: КАК ПРОШЛИ? #новости #одиндень

🔴 СРОЧНО ПЕРЕГОВОРЫ ПУТИН, УИТКОФФ, КУШНЕР: КАК ПРОШЛИ? #новости #одиндень

SHENA Webinar 5: Empowering Occupational Diseases Reporting (Reporting for a Healthier Workplace)

SHENA Webinar 5: Empowering Occupational Diseases Reporting (Reporting for a Healthier Workplace)

PEDAS JAWAPAN MENTERI MITI YB JOHARI DITUJUHKAN KHAS KEPADA HAMZAH MP LARUT!

PEDAS JAWAPAN MENTERI MITI YB JOHARI DITUJUHKAN KHAS KEPADA HAMZAH MP LARUT!

RAMPAI PAGI BRUNEI

RAMPAI PAGI BRUNEI

DAP tak terlibat!, ‘Lebih baik jangan tinggal di Malaysia’, Ada ‘syaitan’ bisu! | SEKILAS FAKTA

DAP tak terlibat!, ‘Lebih baik jangan tinggal di Malaysia’, Ada ‘syaitan’ bisu! | SEKILAS FAKTA

Coś, co nie powinno istnieć, dziesiątkuje Rosjan pod Kupiańskiem

Coś, co nie powinno istnieć, dziesiątkuje Rosjan pod Kupiańskiem

USUL AMBIL TINDAKAN TERHADAP YB PASIR MAS ? FADHLI DIARAH KELUAR ?

USUL AMBIL TINDAKAN TERHADAP YB PASIR MAS ? FADHLI DIARAH KELUAR ?

Drama Bersatu memuncak, jamuan malam jadi tumpuan; MIC beri isyarat keras Umno | SEKILAS FAKTA

Drama Bersatu memuncak, jamuan malam jadi tumpuan; MIC beri isyarat keras Umno | SEKILAS FAKTA

2025.12.19 八度空间华语新闻 ǁ 8PM 网络直播【今日焦点】社险机构研究研究保障越堤族 / 圣诞前两天大道路费减半 / 少年犯精神报告1月呈堂

2025.12.19 八度空间华语新闻 ǁ 8PM 网络直播【今日焦点】社险机构研究研究保障越堤族 / 圣诞前两天大道路费减半 / 少年犯精神报告1月呈堂

Titah adendum wujud; Najib menang, Zahid mahu Najib diampun penuh, PM digesa berundur |Sekilas Fakta

Titah adendum wujud; Najib menang, Zahid mahu Najib diampun penuh, PM digesa berundur |Sekilas Fakta

Video Gender Focal Point (GFP) Kementerian Tujuan Pengarusperdanaan DWN & PTPW 2025-2030

Video Gender Focal Point (GFP) Kementerian Tujuan Pengarusperdanaan DWN & PTPW 2025-2030

Best Love Songs 2025 ✨ Romantic Soft Hits – Beautiful & Emotional Songs

Best Love Songs 2025 ✨ Romantic Soft Hits – Beautiful & Emotional Songs

MALAYSIA DITEKAN KUASA BESAR US & CHINA INI JAWAPAN PMX KEPADA MP PAS!

MALAYSIA DITEKAN KUASA BESAR US & CHINA INI JAWAPAN PMX KEPADA MP PAS!

FB DS ANWAR DISERANG RAKYAT INGIN UCAPKAN TQ TERNYATA PMX TIDAK CAKAP KOSONG!

FB DS ANWAR DISERANG RAKYAT INGIN UCAPKAN TQ TERNYATA PMX TIDAK CAKAP KOSONG!

Музыка лечит сердце и сосуды🌸 Успокаивающая музыка восстанавливает нервную систему,расслабляющая

Музыка лечит сердце и сосуды🌸 Успокаивающая музыка восстанавливает нервную систему,расслабляющая

TERBAIK MENTERI KDN BERBINCANG BAIK DENGAN KERAJAAN SARAWAK!

TERBAIK MENTERI KDN BERBINCANG BAIK DENGAN KERAJAAN SARAWAK!

Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat YSBR Zon Pantai Barat Utara, Kota Belud 2025

Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat YSBR Zon Pantai Barat Utara, Kota Belud 2025

是行賄還是被勒索?我問了 Albert Tei 五個最尖銳的問題! 18-12-2025 | 李偉康

是行賄還是被勒索?我問了 Albert Tei 五個最尖銳的問題! 18-12-2025 | 李偉康

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]