DBKL.TV : PERHIMPUNAN DBKL [ JANUARI 2026 ]
Автор: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Загружено: 2026-01-20
Просмотров: 124
Описание:
© 2025 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur /
© 2025 Kuala Lumpur City Hall /
Perhimpunan Bulanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi bulan Januari 2026 bertempat di Auditorium DBKL yang telah dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggiserta warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam ucapannya telah menyampaikan amanat berkaitan hala tuju dan keutamaan pelaksanaan tugas bagi tahun 2026, dengan penekanan kepada keperluan tindakan yang lebih pantas, berfokus dan berimpak selari dengan tuntutan perkhidmatan bandar serta keperluan semasa warga kota.
Penekanan turut diberikan kepada aspek integriti sebagai teras perkhidmatan awam, di samping keperluan memperkukuh pendigitalan perkhidmatan, mengurangkan birokrasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui tindakan berasaskan pemantauan di lapangan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur juga mengingatkan agar setiap warga kerja melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin, profesionalisme dan akauntabiliti, serta memastikan setiap pelaksanaan tugas dinilai berdasarkan hasil dan impak sebenar kepada perkhidmatan bandar raya.
Perhimpunan ini menjadi platform penting dalam menyelaras hala tuju organisasi, memperkukuh komitmen kerja serta mempertegaskan keutamaan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan responsif sepanjang tahun 2026.
#MalaysiaMADANI
#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#KLBerdayaHuni
#sayangikl
#cintaikl
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: