Acar Jelatah Guna Nenas Manis dalam Tin😋 | Malay Kitchen
Автор: Malay Kitchen - Dapur Melayu
Загружено: 2021-03-27
Просмотров: 1379
Описание:
Acar Jelatah Guna Nenas Manis dalam Tin 😋 | Malay Kitchen
Resepi: Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dan Acar Jelatah
Juadah kenduri yang sedap dimakan! 🥰
******
Bahan-bahan:
Nasi tomato:
500gram beras brasmathi
7 biji ceri tomato
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 biji cengkih
1 senduk butter
2 senduk sos cili
1/2 tin susu cair
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam kasar
Air secukupnya
Ayam masak merah:
8 keping ayam bahagian thigh diperap bersama 1 sudu besar maggi secukup rasa & 1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 biji bawang holland dikisar
1 batang serai dikisar
1 inci halia dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 biji cengkih
4 senduk cili kisar (guna Yidu China Dried Chili untuk kurang pedas)
3 senduk sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji bawang holland dipotong bulat (hujung bawang dikisar
Acar Jelatah:
1/2 biji Bawang merah dimayang
1 batang timun dihiris halus
1 batang carrot dihiris halus
1 biji cili merah dihiris
1/2 tin ketulan nenas dalam tin
Garam
Gula
Cara-cara
Nasi tomato: • Nasi Tomato Guna Sos Cili?? 🤔 | Malay Kitchen
1. Tumis butter bersama bawang putih, bawang merah, kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang hingga wangi.
2. Kisar tomato ceri bersama 1 cawan air dan tapis.
3. Masukkan air tomato kedalam periuk dan tumis hingga kuah pekat.
4. Masukkan sos cili dan biarkan mendidih sebentar.
5. Basuh beras hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
6. Masukkan bahan tumis kedalam periuk nasi.
7. Masukkan susu cair dan gaul bersama beras hingga sebati.
8. Sukat air menggunakan jari hingga air mencecah garisan jari. Jika kurang air, boleh tambah air lagi.
9. Tanak nasi seperti biasa. 10 minit sebelum nasi masak, gembur nasi supaya nasi masak sekata.
10. Nasi tomato siap! ☺️
Ayam masak merah: • Ayam Masak Merah Kenduri! Syok dimakan ber...
1. Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
2. Buang sedikit minyak gorengan ayam, dan tumis bahan kisar (kecuali cili kisar) hingga pecah minyak. (30 minit)
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan tumis sebentar.
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. (30 minit)
5. Selepas pecah minyak, masukkan 1/2 cawan air dan tumis hingga pecah minyak sekali lagi (20 minit)
6. Masukkan sos cili, bawang holland, gula dan garam. Tumis hingga bawang layu.
7. Masukkan ayam dan gaul sebati.
8. Ayam masak merah siap! ☺️
Acar Jelatah: • Acar Jelatah Guna Nenas Manis dalam Tin😋 |...
1. Semua bahan dicampur dan gaul sebati.
2. Masukkan air tin nenas, gula dan garam secukup rasa.
3. Acar jelatah siap!
Selamat mencuba! 🥰
Jangan lupa Like dan Share ya! 💕
FB Page : Malay Kitchen
Youtube : Malay Kitchen
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: