Latihan Pengukuhan bab 7 soalan 1-8 / Geometri Koordinat: Persamaan garis lurus selari / serenjang
Автор: Cikgu Lokman Maths Teacher
Загружено: 2021-07-07
Просмотров: 12964
Описание:
Soalan soalan ini didapati daripada buku teks Matematik Tambahan Tingkatan 4 tahun 2020, Latihan Pengukuhan bab Geometri Koordinat ( Mastery Practice ), soalan Nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 pada muka surat 207
Soalan 1. 00:00
Soalan 2. 10:36
Soalan 3. 19:58
Soalan 4. 28:30
Soalan 5. 35:23
Soalan 6. 45:28
Soalan 7. 49:50
Soalan 8. 1:04:00
Latihan Pengukuhan No 1 - 8. Bagaimana menjawab soalan Geometri Koordinat bertaraf SPM?
1) Menyelesaikan masalah yang melibatkan pembahagi tembereng garis.
Bagaimana mencari koordinat titik yang membahagi tembereng garis yang menyambungkan dua titik lain dengan nisbah m:n?
Bagaimana mengungkap p dalam sebutan t bagi satu titik R yang membahagi titik A dan titik B dengan nisbah 2:3
Bagaimana mencari nisbah AP:PB dengan titik P membahagi tembereng garis yang menyambungkan titik A dan B?
2) Membuat dan mengesahkan konjektur kecerunan bagi garis lurus selari dan garis lurus serenjang.
Dua garis lurus L1 dan L2 adalah selari antara satu sama lain jika dan hanya jika m1=m2.
Dua garis lurus adalah berserenjang antara satu sama lain jika dan hanya jika m1m2=-1.
Menyelesaikan masalah melibatkan persamaan garis lurus selari dan garis lurus serenjang.
3) Titik persilangan antara persamaan persamaan boleh ditentukan dengan persamaan linear serentak secara penggantian atau penghapusan.
4) Menyelesaikan masalah melibatkan jarak di antara dua titik.
5) Menyelesaikan masalah melibatkan titik tengah antara dua titik.
6) Bagaimana menyelesaikan masalah berkaitan luas segitiga, segiempat, dan poligon lain?
7) Bagaimana membina persamaan lokus yang berjarak tetap dari satu titik atau dua titik tertentu?
Soalan soalannya
Geometri Koordinat
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Rajah di sebelah menunjukkan suatu garis lurus AB. Titik tengah yang menyambungkan A(h, 1) dan B(7,k) ialah M(2,3).Cari
(a) nilai h dan nilai k,
(b) kecerunan garis lurus itu,
(c) persamaan pembahagi dua sama serenjang AB.
2. Diberi suatu garis lurus AB dengan titik A(-2, 6) dan B(8,-4).Titik P terletak di atas AB dengan keadaan AP : PB = 2 : 3.
Cari
(a) koordinat titik P,
(b) persamaan garis lurus yang berserenjang dengan ABdan melalui titik P.
3. Diberi tiga titik P(1,-1), Q(n,2) dan R(n2,n+3). Jika titik-titik P, Q dan R terletak pada satu garis lurus yang sama, cari nilai-nilai n yang mungkin.
4. Diberi dua titik R(-3, 4) dan S(3,-1). Cari koordinat titik T yang mungkin terletak padapaksi-y dengan keadaan luas ΔRST ialah 13.5 unit2.
5. Titik P(x,y)bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik A(2, 0) ialah tiga kali jaraknya dantitik B(-4,0). Cari persamaan lokus bagi titik P.
6. Rajah di sebelah menunjukkan kedudukan dua ekor burung,A dan B pada satah Cartes. Koordinat bagi burung A dan Bmasing-masing ialah (-3,-1) dan (6,5). Kedua-dua burungitu terbang ke arah satu sama lain pada satu garis lurus denganhalaju berbeza. Halaju burung A adalah dua kali ganda halajuburng B.Cari koordinat apabila kedua-dua burung itubertemu.
7. Rajah di sebelah menunjukkan segi tiga sama kaki ABCdengan keadaan koordinat A ialah (2, 2), koordinat B ialah(6,2) dan C terletak di bawah paksi-x.00
(a) Diberi luas bagi AABC ialah 10 unit', cari koordinat C.
(b) Garis CB dipanjangkan ke titik D supaya B iatah titiktengah CD.Cari koordinat D.
(c) Satu garis dilukis dari titik D, selari dengan AC,ke utikE(11,k) dan C disambungkan ke E.
(i) Cari nilai k.
(ii) Tunjukkan bahawa CED bukan segi tiga bersudut tegak
8. Dalam rajah di sebelah. PORS ialah sebuah trapeziumdengan PQ selari dengan SR dan POR =90°.Koordinatbagi bucu R ialah (11, 7). Persamaan PQ dan PSmasing-masing ialal
ialah y=1/3xdan y= 2x-5.
(a) koordinat P.
(b) persamaan QR dan SR,
(c) koordinat Q dan S,
(d) luas trapezium PQRS.
Seterusnya tunjukkan bahawa
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: