"NASIB SEMPAT ELAK"- KERETA TERSELAMAT 'DITELAN' TANAH RUNTUH DI BALIK PULAU
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2025-10-23
Просмотров: 7896
Описание:
"NASIB SEMPAT ELAK"- KERETA TERSELAMAT 'DITELAN' TANAH RUNTUH DI BALIK PULAU
Sebahagian laluan di Jalan Tun Sardon di sini ditutup sementara selepas berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan Anjung Indah pada petang Khamis.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kejadian itu turut menyebabkan tanah dan pokok dari kawasan bukit runtuh menutupi sebahagian jalan.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi.
Sebaik tiba pada jam 5.10 petang, didapati berlaku runtuhan tanah dari kawasan bukit yang menutupi sebahagian jalan dengan anggaran keluasan 30 x 20 kaki persegi.
Beliau berkata, operasi turut dibantu anggota dari BBP Paya Terubong dengan kekuatan keseluruhan 14 anggota serta empat jentera termasuk LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari kedua-dua balai berkenaan.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: