GELAGAT BURUNG KAKAK TUA MARAH KUCING CAKAR SOFA RAIH PERHATIAN, SIAP NAK LEPUK SI BULUS
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2025-08-01
Просмотров: 38838
Описание:
GELAGAT BURUNG KAKAK TUA MARAH KUCING CAKAR SOFA RAIH PERHATIAN, SIAP NAK LEPUK SI BULUS
Baru-baru ini, seekor burung kakak tua atau turut dikenali sebagai jenis Congo African Grey telah menarik perhatian ramai dengan gelagat selambanya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Rynn di TikTok, awalnya kelihatan dia memaparkan gelagat burung kakak tua yang diberi nama Michael sedang memarahi kucingnya iaitu Ticha.
Dalam video itu kedengaran burung tersebut memarahi kucing berkenaan seolah-olah seperti manusia selepas dia mendengar kucing hitam itu mencakar sofa di rumah Rynn.
Apa yang lebih menarik perhatian, Michael turut mengatakan dia ingin melepuk (pukul) Ticha dengan kakinya.
Di hujung video kedengaran Rynn bertanya kepada burung kakak tua tersebut siapakah yang dimarahinya.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang terhibur melihat gelagat Michael memarahi Ticha malah ada yang turut bergurau dengan mengatakan jika kucing terbabit boleh bercakap mungkin mereka akan berlawan mulut.
Tak kurang juga ada yang mengatakan mungkin Michael mengikut cara Rynn memarahi kucing-kucingnya.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: