Wild camping di kaki Gunung Ledang l Asmr
Автор: Petualang Tok Janggut
Загружено: 2025-11-05
Просмотров: 7918
Описание:
Setelah sekian lama berhajat untuk mencuba bermalam di hutan seorang diri, akhirnya kali ini berpeluang dan berkeyakinan untuk merasai sendiri suasana malam yang sunyi, jauh dari hiruk-pikuk manusia.
Tempat yg menjadi pilihan ialah Lata Asahan, Melaka, pada hujung minggu, Lata asahan menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat. Namun apabila malam menjelma, suasana berubah — sunyi, sepi, hanya kedengaran aliran sungai dan desiran angin di celah dedaunan. kawasan camping dipilih dikenali sebagai Kampung Melayu dimana perlu trekking tidak lebih 30 minit
suasana malam di Lata Asahan (Kg Melayu) terasa begitu tenang ditemani deruan sungai, sesekali disapa bunyian burung dan unggas malam. Api unggun dinyalakan, bukan sekadar untuk cahaya, tetapi juga sebagai perlindungan sekiranya ada haiwan liar yang mendekat.
Bermalam seorang diri di hutan membuatkan berperang dengan perasaan sendiri. Masa terasa begitu perlahan. Bunyi daun jatuh pun mampu menggugah fikiran — membawa bayangan yang bukan-bukan. Begitulah apabila kita berada di luar kebiasaan, segala deria menjadi peka, dan hati mudah terusik. padahal itu hanya mainan perasaan
Malam berlalu perlahan tetapi tenang. Tidur tidak lena, hanya sekadar tidur ayam. Namun saat mentari mula menyingkap ufuk timur, rasa syukur dan lega menyelimuti hati.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan izin Yang Maha Kuasa.
"sekadar berkongsi kisah dan pengalaman"
#solocamping #camping #fypシ #tourism #asmr #wildcamping
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: