QARMA '19 (Official Lyrics Video)
Автор: Putera Bertopeng
Загружено: 2019-08-14
Просмотров: 155411
Описание:
QARMA '19 - (Lyrics)
(Verse)
Diam jangan buka mulut hembus cerita lama
Aku masih disini perhatikan itu drama
Drama itu sulit bahaya bagai qarma
Jangan cuba reka cerita ini bukan cerekarama
Ya, aku masih disini perhati gerak musuh,
Hingga kini masih kasih jangan sampai aku basuh,
Bukan mahu tunjuk kuat cuma mahu asuh
Manusia konon bersih suci namun ia lusuh
Berapa banyak kalimat angkuh dimuka bumi,
Belakang dilanyak, depan tunduk ke bumi,
Diam seribu bahasa hati bicara lain
Mampu jaga mulut tapi tak mampu jaga kain sendiri
Nah, ini lagu untuk aku juga kamu,
Sila hadam jangan padam jangan jemu,
Boleh jemu tapi pastikan jangan lagi merapu,
Takut nanti hilang kawalan engkau aku sapu.
(HOok)
Jangan kau yg mulakan dulu
Jangan bual buat cam tahu
Jangan kau ungkit kisah dulu
Jangan cuba ganggu (2x)
(Verse)
Takkan madu pahit rasa malam terbakar bahang
Lidah cabang dua bijak main kata manakan dapat habuan
Baris satu hukum alam. Dua qarma
Kau kan pasti dapat balasan yang setimpal
So, Tenangkan dirimu sebelum datangnya faham,
Jangan terburu-buru terus nak membaham,
Sila tabayyun dulu pada warta sifat waham,
Jika masih redam jangan hadam, ingat azab juga saham.
Luka dalam hati jika mahu sembuh perlu masa
Diam bukan lari qalamku bersunyi sementara
Ikut rasa ikut rentak musuh cara selesa,
Santai membina siap untuk membinasa.
Helah musuh nyata penuh dengan muslihat
Rasa sudah dipuncak rupanya ego terpahat
Watak yang disangka suci sedikit pun tak membina
Keji bayangan hitam bayangan diri lu sama hina
(HOok)
Jangan kau yang mulakan dulu
Jangan bual buat macam tahu
Jangan kau ungkit kisah dulu
Jangan cuba ganggu (2x)
[Verse]
Ini bar sudah di cut! Tapi bukan pada bakat
Bakatku tetap panjang walau ramai cuba kerat
Mungkin mereka gayat lihat gayaku bertingkat
Semakin hari dan semakin tinggi ayat yang tersirat
Dunia mahu kiamat, penghujung makin dekat
Yang jauh mari rapat yang rapat kasi angkat
Angkat semua angkatan pastikan lapan angka
Keluarkan semua rangkap jangan simpan jadi rangka
Penglihatan aku jelas pandangan lu masih kabur
Minda aku cerdas dan kau masih menggelupur
Lepaskan diri dari kota masuk kampung
Dari dalam kotak kini diri luar tempurung
Baik diam daripada zahir diri bikin ribut
Lontar kata zalim tak bertempat ikut sedap mulut
Orang lain siap masak kau masih lagi membawang
Mulut letak dekat depan tapi kau cakap belakang!
[Outro]
Pilih satu mana suka
Jika mahukan dunia
Boleh jadi yang kau percaya
Selama ini hanya illusi (3x)
Artist : Putera Bertopeng
Title : QARMA '19 (Kifarah)
Release Type : Single
Composed by Putera Bertopeng
Video Lyrics by Fikirkan Zikirkan
Mixing by Putera Bertopeng
Recording @ rythmnpoemmusix (D.i.y Recording Studio)
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: