Majlis Al-Quran Surah Ar-Ra'd Ayat 31 - Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Автор: Ahmad Wifaq Mokhtar
Загружено: 2021-10-09
Просмотров: 1585
Описание:
⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼
3 Rabiulawal 1443H
Firman Allah SWT:
﷽
وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَىٰ ۗ بَل لِّلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا ۗ أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا أَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا ۗ وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُم بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِّن دَارِهِمْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ [الرعد : 31]
Ertinya: "Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya." (Surah Ar-Ra'd: 31)
🌼 Keterangan Ayat:
1. Allah SWT menjelaskan kemuliaan Al-Quran yang mengatasi Kitab-kitab yang lain! Namun kaum musyrikin tetap tidak mahu beriman kepadanya!
2. Allah SWT berkuasa untuk memberikan hidayah kepada semua manusia dan membawakan mukjizat yang diminta!
3. Namun Allah SWT memberikan peringatan dan ujian kepada mereka yang kufur sehingga tiba waktu yang ditetapkan oleh Allah!
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
🌼 Antara Petunjuk Ayat:
1. Mukjizat Al-Quran mengatasi mukjizat yang lain! Namun sebahagian manusia tetap tidak mahu beriman kepadanya!
2. Manusia yang mempunyai hati yang keras tidak akan beriman walaupun dibawa kepada mereka segala bukti dan mukjizat!
3. Orang yang kufur diberikan peluang dan peringatan agar mereka kembali kepada Tuhan mereka dan mengikut agama yang benar!
🌼 Kaedah Beramal:
1. Hendaklah kita melihat kepada bukti dan petunjuk hidayah yang terdapat di dalam ayat-ayat Al-Quran! Jangan butakan mata kita!
2. Hendaklah kita beriman kepada kebenaran yang terdapat di dalam Al-Quran! Jangan jadi orang yang degil dan keras hati!
3. Hendaklah kita merebut peluang dan mengambil peringatan sebelum tiba azab yang ditetapkan bagi orang yang ingkar!
Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada KitabMu, bantulah kami untuk mengikut hidayah dan petunjukMu. Aamiin.
Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat...
والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين
fb.me/drwifaq
t.me/MajalisAlQuran
instagram.com/drwifaq
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: