[HADITH] Sesi 1 - 99 usul utk mengenal pasti hadis Dha'if & Maudhu'
Автор: Komuniti Darulkautsar
Загружено: 2014-04-21
Просмотров: 7947
Описание:
DOWNLOAD EBOOK - http://tinyurl.com/y9xv2uk3
https://darulkautsar.wordpress.com/
KAJIAN HADIS: 99 Usul Dirayah untuk mengenal pasti hadis-hadis Dhaif dan Maudhu' - Sesi 1 (23 Ogos 2008)
Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff
Senarai 61 Usul Hadis Maudhu' (yang dibincangkan dalam Siri 1 - sambungan sehingga 99 usul dalam siri 2 - • [HADITH] Sesi 2 - 99 usul utk mengenal pas... ):
1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda.
2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia.
3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai.
4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh.
5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil.
6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu.
7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu.
8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam.
9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits
10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut...
11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w.
12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih.
13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur'an yang terang.
14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera.
15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira' kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith
16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits
17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s
18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja
19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi.
20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku
21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah
22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba'
23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti
24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta.
25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup
26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu
27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab
28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha'ib pada bulan Rejab.
29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`.
30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya
31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum
32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat
33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas
34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi
35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w
36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya
37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian.
38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu
39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin
40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w.
41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur'an adalah maudhu` kecuali satu.
42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab
43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w
44. Hadits yang memuji kehidupan membujang
45. Hadits yang mencela anak zina
46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu.
47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali
48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali
49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali
50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya
51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta.
52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut
53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta
54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq
55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat
57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat
58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat
59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran
60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas.
61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: