Cucu Tunku bercakap mengenai Umno dulu dan sekarang
Автор: Free Malaysia Today
Загружено: 2018-08-30
Просмотров: 14736
Описание:
Selepas kejatuhan Umno dari tampuk kuasa, salah seorang cucu Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman membandingkan parti Melayu itu ketika zaman datuknya dengan zaman sekarang, dan berkata Umno pada ketika itu menyayangi orang Melayu tetapi tidak sampai terlalu memanjakan.
Tunku Munawirah Putra melihat situasi Umno hari ini berkata, sekiranya Tunku masih hidup tentunya beliau tidak bersetuju dengan beberapa dasar Umno sekarang.
"Atuk saya sudah tentu mahu pemimpin Melayu menolong orang Melayu, tetapi bukan membantu sehingga mereka menjadi terlalu manja.
"Kalau manja sangat akan 'naik tocang'. Rakyat sekarang sudah bijak dan pada akhirnya mereka akan membuat pilihan seperti yang berlaku hari ini (BN kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu)," katanya di kediamannya di Bukit Damansara.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: