Wahai Kawan (Demo) | Lagu AI Melayu | FAMS
Автор: FAMS.MY1
Загружено: 2026-01-30
Просмотров: 147
Описание:
Cabaran kali ini lebih kepada cubaan untuk padankan lirik yang agak panjang suku kata dengan melodi yang dijana AI. Sangat-sangat susah dan inilah sajalah terbaik yang AI ini boleh jana. Harap anda semua terhibur.
Wahai Kawan
Penulis Lirik: Fazwan
Muzik dijana dengan menggunakan Suno.ai
Lirik:
[Verse 1]
Duduk termangu di atas bangku
Menanti nama yang kuharapkan
Mengapa engkau diam membisu
Mengapa tidak dibalas panggilan
[Pre-Chorus]
Adakah kataku menyinggung
Adakah tingkahku mengguris perasaan
Saban hari aku jadi bingung
Mengharap engkau beri jawaban
[Chorus]
Masih terngiang tawa kita
Mengejar bayang rama-rama
Ibarat dunia milik bersama
Hingga tiba waktu senja
Masih terbayang mesra senyuman
Kurindu senyum itu wahai kawan
Jangan biar aku kebingungan
Jangan tinggal aku kesorangan
[Verse 2]
Telah ku risik kabar beritamu
Melalui rakan seperjuanganmu
Tiada yang tahu arah tujumu
Sudah seminggu engkau berlalu
[Chorus]
Masih terngiang tawa kita
Mengejar bayang rama-rama
Ibarat dunia milik bersama
Hingga tiba waktu senja
Masih terbayang mesra senyuman
Kurindu senyum itu wahai kawan
Jangan biar aku kebingungan
Jangan tinggal aku keseorangan
[Outro]
Jika ditakdirkan ini penghujung jalan
Jalan persahabatan yang kudambakan
Aku pohon berikan penjelasan
Agar ku sedia terima perpisahan
🎵 Lagu ini dikongsi sebagai simpanan karya dan refleksi peribadi.
Terima kasih kerana mendengar.
Nota:
Demo ini dijana sebagai rujukan awal untuk menyampaikan arah lagu.
Lirik ditulis sepenuhnya oleh penulis sendiri.
Lagu ini terbuka untuk sebarang olahan muzik, kolaborasi, atau komposisi baharu dengan kredit yang sewajarnya kepada penulis lirik.
#FAMS #LyricVideo #LaguAI #LaguMelayu #WahaiKawan
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: