Munajat Hamba
Автор: Cropok
Загружено: 2026-03-06
Просмотров: 26
Описание:
Munajat Hamba
6/3/2026
Dalam kita mengejar cita-cita adakalanya kita lelah dan letih dan sebagai orang islam,sejadah adalah satu satunya tempat yang memberikan ketenangan diri terutama di malam hari.
Selamat berpuasa..
--------------------------------
Di atas sejadah ini kuluahkan segala rasa
Kucurahkan segala lara yang terbuku di dada
Tentang segala lelah, tentang segala duka
Di sini tempatku mengadu penatnya perjalanan
Di sini tempat aku mencari ketenangan cinta-Mu
Di atas sejadah ini dapat kurasakan sejuknya kasih-Mu
Mengelus lembut jiwaku dalam syahdu yang satu
Dalam rindu yang mendalam, hanya pada-Mu
Di sini kurasakan ketenangan yang hakiki
Jauh dari kekacauan dunia yang mengejar peribadi
Di sini kurasakan sepi... sepi yang cukup indah
Tempat segala beban dan resah akhirnya rebah
Di atas sejadah ini aku temukan diriku yang sebenar
Tak perlu berlakon pelbagai watak, tak perlu bersandiwara
Tak perlu menipu kerana Kau Maha Mengetahui segala-galanya
Di sini tempatku merengek manja, bagai si kecil dahagakan susu
Di atas sejadah ini, di keheningan malam yang sunyi
Tempat kucurahkan segala perasaan, kubongkar rahsia diri
Segala yang selama ini tersembunyi, di sini semuanya terbukti
Di sini juga tempat aku kembali mencari diri
Jika di luar sana aku penat mencari sesuatu yang tak pasti
Penat dengan segala kerenah diri dan manusia yang silih berganti
Di sini... di atas sejadah ini
Adalah tempat sunyi, tempat damai yang abadi
#aimuzik#rnb#soul#sejadah
#rock#metal#reagee
#song#dakwah
#malay#cromok
#cropokvd
--------------
Lyrics, Concept & Song: Cropok.
Copyright © 2026 Cropok.
All rights reserved.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: