EP190 | Komplot Jatuhkan Kerajaan, Dr Sam PM11?, RUU Pengasingan Kuasa AG-Pendakwa Raya, Tarif Batal
Автор: Keluar Sekejap
Загружено: 2026-02-27
Просмотров: 27343
Описание:
Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.
Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.
Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.
Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.
Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.
Timestamp EP190
00:00 Intro
4:03 Komplot Jatuhkan Kerajaan
19:18 Kongres Khas DAP
30:00 Rafizi Tubuh Parti Baru?
37:30 Dr Sam PM11?
1:01:11 RUU Pengasingan Kuasa AG-Pendakwa Raya
1:16:55 Tarif Trump Batal
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: