Airport Tak Jadi di Bandaraya Kuching
Автор: Iskandar Beven
Загружено: 2022-09-01
Просмотров: 11937
Описание:
Pada 2005 Kerajaan Sarawak telah bercadang untuk membina lapangan terbang baru untuk Bandaraya Kuching memandangkan lapangan yang sedia ada agak kecil dan terletak terlalu dekat dengan kawasan berpenduduk padat (takut terjadi insiden kemalangan kapal terbang terhempas di kawasan berpenduduk).
Oleh itu setelah mencari kawasan yang sesuai serta cukup besar untuk pembinaan lapangan terbang baru ini, kawasan di Rambungan/Matang telah dipilih kerana ia jauh dari penduduk padat serta berdekatan dengan laut, menjadikan pemandangan yang indah semasa kapal terbang take-off dan landing. Oleh kerana kawasan ini agak terpencil dan agak jauh dari penduduk, tidak ramai yang tahu tentang pembinaan ini.
Segala infrastruktur asas telah dibina untuk pembinaan lapangan terbang baru ini, seperti jalanraya besar 2 lane, jambatan-jambatan yang merentasi sungai-sungai di kawasan ini, tiang lampu serta tiang elektrik telah siap dibina sebelum pembinaan bangunan lapangan terbang baru ini.
Namun kemelesetan ekonomi telah memaksa kerajaan Sarawak untuk membatalkan projek ini dengan tiba-tiba. Oleh itu segala infrastruktur asas seperti jalanraya besar serta jambatan-jambatan yang telah siap dibina yang menuju ke kawasan terpencil itu telah ditinggalkan dan lama-kelamaan ia menjadi misteri kepada kebanyakan penduduk Kuching kerana persoalan mengapa jalanraya besar serta jambatan-jambatan besar ini dibina di kawasan terpencil ini dan jalanraya besar ini nampaknya macam tidak menuju ke mana-mana, terutama di penghujung jalan ini di mana jalanraya besar ini tiba-tiba berhenti di tengah hutan belantara tiada ber destinasi dan kemudian u-turn balik ke Kuching.
Oleh itu melalui video ini saya ingin memberikan sedikit sebanyak informasi berkaitan projek mega misteri ini.
Terdapat berita gembira pada awal tahun ini kerana beberapa ahli parlimen kerajaan negeri telah mengutarakan pendapat supaya kerajaan Negeri Sarawak mengkaji semula projek ini dan seterusnya menyambung semula pembinaan lapangan terbang baru ini memandangkan ekonomi kerajaan Negeri Sarawak kini telah mulai pulih dan menuju negeri maju.
#sarawaktravel #sarawak #kuching #malaysiatravel
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: