ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Imigresen serbu Bukit Bintang

Автор: Stringer Online

Загружено: 2025-09-03

Просмотров: 61654

Описание: #imigresen #opspati #penempatanharam #wargaasing #bukitbintang


KUALA LUMPUR – Kegiatan perjudian dalam talian di tengah kawasan tumpuan pelancong di ibu kota terbongkar selepas sebuah premis di Bukit Bintang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Selasa.

Premis berkenaan dipercayai dijadikan kedai judi haram dan beroperasi dalam sebuah bangunan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Ketika serbuan, tujuh hingga lapan warga asing didapati leka berjudi sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, premis itu menjadi lokasi tumpuan warga asing untuk melepak dan berjudi.

Dalam serbuan sama, seorang lelaki warga asing yang cuba melakukan provokasi terhadap pegawai imigresen turut ditahan selepas enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dijalankan.

Individu itu pada mulanya mendakwa hanya bersiar-siar, namun pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Lebih mengejutkan, suspek bertindak kasar termasuk cuba menghalang tugas pegawai imigresen.

Selain itu, beberapa warga asing lain turut cuba melarikan diri dengan menyorok di premis berhampiran, malah ada yang nekad memanjat bangunan hingga ke atas bumbung bagi mengelak ditahan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Osman berkata, operasi khas itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam mengenai kegiatan warga asing di kawasan terbabit.

"Operasi bermula jam 7.30 petang ini melibatkan seramai 106 pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya.

"Seramai 2,445 individu diperiksa melibatkan 1,600 warga asing dan 845 warga tempatan, daripada jumlah itu, seramai 770 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya ketika sidang akhbar di lokasi operasi pada Selasa.

Katanya, tangkapan membabitkan individu berusia antara 21 hingga 65 tahun.

"Kesemua individu ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan dua wanita Indonesia, 377 lelaki Bangladesh, 58 lelaki India, 235 lelaki Myanmar, 72 lelaki Nepal serta sembilan lain-lain warganegara.

"Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa, pemegang kad tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen," katanya.

Menurutnya, antara helah dilakukan warga asing ketika operasi antaranya menyorok di bawah meja, meloloskan diri melalui kedai berhampiran dan memberi alasan hanya datang untuk makan atau bercuti.

"Operasi dijalankan di lorong-lorong sekitar Bukit Bintang melibatkan restoran, kedai dan rumah, malah sebuah rumah yang diserbu turut dikesan menjadi sarang perjudian.

"Siasatan awal mendapati sebahagian daripada mereka bekerja di tapak pembinaan sekitar kawasan terbabit, manakala ada majikan yang menyewa premis untuk dijadikan tempat tinggal pekerja asing," katanya.

Basri berkata, operasi ini dijalankan berdasarkan hasil aduan dan risikan yang dijalankan.

"Kesemua individu ditahan dibawa ke JIM Putrajaya untuk saringan awal sebelum ditempatkan di Depot Tahanan Beranang dan Lenggeng," katanya. - SINAR HARIAN

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Imigresen serbu Bukit Bintang

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Imigresen Gempur Kuala Lumpur: 60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran

Imigresen Gempur Kuala Lumpur: 60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran

200 Individu Diperiksa di Pelangi Damansara, Warga Asing Disyaki Langgar Undang-Undang Imigresen

200 Individu Diperiksa di Pelangi Damansara, Warga Asing Disyaki Langgar Undang-Undang Imigresen

‘Little Pakistan’ Jadi Sarang Pengemis Warga Asing, 199 Individu Ditahan

‘Little Pakistan’ Jadi Sarang Pengemis Warga Asing, 199 Individu Ditahan

DETEKTIF BUKIT AMAN DITEMB4K M4TI PEMBUNUH UPAHAN

DETEKTIF BUKIT AMAN DITEMB4K M4TI PEMBUNUH UPAHAN

Flat 19 Tingkat Jadi Sarang PATI, Imigresen Kuala Lumpur Bertindak

Flat 19 Tingkat Jadi Sarang PATI, Imigresen Kuala Lumpur Bertindak

Cubaan Gagal Lari dari Serbuan Imigresen: 32 Warga Asing Ditahan di Chow Kit dan Sentul

Cubaan Gagal Lari dari Serbuan Imigresen: 32 Warga Asing Ditahan di Chow Kit dan Sentul

Flat Chow Kit Sesak dan Kotor Diserbu, 124 Pendatang Tanpa Izin Ditahan

Flat Chow Kit Sesak dan Kotor Diserbu, 124 Pendatang Tanpa Izin Ditahan

Escenas | Operativo Casa Segura  y detenciones en las últimas horas

Escenas | Operativo Casa Segura y detenciones en las últimas horas

Operasi JIM W.P Kuala Lumpur: 38 PATI Ditahan di Kampung Baru

Operasi JIM W.P Kuala Lumpur: 38 PATI Ditahan di Kampung Baru

Imigresen gempur Bukit Bintang, 770 PATI ditahan dalam tempoh 2 jam

Imigresen gempur Bukit Bintang, 770 PATI ditahan dalam tempoh 2 jam

Inside the Modern Snake Meat Factory: The Incredible Process You’ve Never Seen

Inside the Modern Snake Meat Factory: The Incredible Process You’ve Never Seen

"Sorok passport di siling kaunter" | PENGKHIANATAN 'COUNTER SETTING' PEGAWAI IMIGRESEN

Kalau TERTANGKAP Imigresen Malaysia Berapa Lama Akan Dipenjara⁉

Kalau TERTANGKAP Imigresen Malaysia Berapa Lama Akan Dipenjara⁉

Тысячи овец бросили на мёртвом острове — но дальше произошло немыслимое

Тысячи овец бросили на мёртвом острове — но дальше произошло немыслимое

Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA): Ilustrasi Artis

Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA): Ilustrasi Artis

Самые Крупные Столкновения и Ошибки Кораблей, Снятые на Камеру

Самые Крупные Столкновения и Ошибки Кораблей, Снятые на Камеру

Rahsia Gelap Kaunter Setting KLIA Terbongkar

Rahsia Gelap Kaunter Setting KLIA Terbongkar

Зимние Кошмары, Снятые на Камеру!

Зимние Кошмары, Снятые на Камеру!

50 Гигантских Волн, Снятых на Камеру

50 Гигантских Волн, Снятых на Камеру

Inside the Factory: China’s Giant Cassava Flour Process (Full Process)

Inside the Factory: China’s Giant Cassava Flour Process (Full Process)

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]