APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTILAH "MAZHAB SYAFI'IE'? @ MAULANA AHMAD LUTFI MUHARAM
Автор: Gunawan Aziz Channel
Загружено: 2021-11-14
Просмотров: 2006
Описание:
Jangan Keliru dengan Perkataan daripada Orang yang Tidak Memahami Istilah-istilah dalam Mazhab Syafie
===================================
Bila disebut perkataan “Mazhab Syafie,” ada orang dia kelirukan orang lain dengan mengatakan “Mazhab Syafie” ini adalah apa yang difatwakan oleh Imam Syafie. Itu bukan maksud “Mazhab Syafie.”
“Mazhab Syafie” kalau dalam kitab Mahalli ada takrifnya, iaitu
“ما ذهب إليه الشافعي وأصحابه...”
Jadi “Mazhab Syafie” ini bukan terjemahannya apa yang Imam Syafie ijtihadkan sahaja ataupun apa yang Imam Syafie fatwakan sahaja, tidak! tetapi:
“ما ذهب إليه الشافعي وأصحابه من الأحكام في المسائل”
Sebab itu kalau kita nak sebut “Mazhab Syafie” ini, ringkasannya adalah:
“مجموع أقوال الشافعي ووجوه الأصحاب”
Jadi, fatwa-fatwa ulama’ Syafie juga dipanggil “Mazhab Syafie.”
* * * *
Petikan kata-kata Maulana Ahmad Lutfi Abu Faqeh dalam Program Jilsah Ulama 2021/2022 pada 13 November 2021 di Masjid Wilayah Persekutuan - Rasmi
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: