PERASMIAN PEMBINAAN SEMULA MASJID SHEIKH IJLIN , GAZA - PROJEK WAKAF AMAN PALESTIN
Автор: Aman Palestin Batu Pahat
Загружено: 2022-12-12
Просмотров: 110
Описание:
Alhamdulillah, Aman Palestin pada hari Khamis 17hb Nov. 2022 telah merasmikan Masjid Sheikh Ijlin (Khalil Al-Wazir).
Turut bersama CEO Aman Palestin, Eng. Omar Seyam, Timbalan Kementerian Wakaf, Dr Abdul Hadi Al-Agha, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin HQ, Ustaz Awang Suffian (Online), Dr Muhammad Radwan Kamil, Gabenor Jawa Barat, Indonesia (Online), dan tetamu kehormat yang tinggal di kawasan sekitar Masjid.
Masjid Sheikh Ijlin (Khalil Al-Wazir) *terletak di hadapan laut di sebelah barat kota Gaza. Ia telah dimusnahkan oleh serangan udara pendudukan Israel pada pencerobohan 2014.
Alhamdulillah, Masjid Sheikh Ijlin kini dibina semula dengan dana yang bermurah hati dan sumbangan saudara dan penderma khususnya daripada warga Indonesia.
Dengan peruntukan sebanyak USD 1,093,000 (lebih RM4.8 juta), Masjid Syeikh Ijlin dibina dengan kemudahan seperti :
✅ Tingkat Bawah (800 m²) : Ruang solat (520 m²) memuatkan 740 jemaah selain perpustakaan awam, bilik audio, bilik elektrik dan kawalan, dan tandas untuk lelaki.
✅ Tingkat Perantara (Mezanin) (95 m²) : Pusat al-Quran dan tandas wanita.
✅ Tingkat Pertama (687 m²) : Kawasan ini dibahagikan kepada dua bahagian dan boleh memuatkan 350 lelaki dan 400 wanita.
✅ Tingkat Kedua (687 m²) : Ruang solat untuk lelaki yang boleh memuatkan 500 jemaah, dan sebuah klinik perubatan dengan kemudahannya.
Masjid Syeikh Ijlin, Gaza ditaja penuh oleh Aman Palestin Indonesia hasil daripada penyertaan wakaf rakyat Indonesia.
Manakala Aman Palestin Malaysia dipertanggungjawabkan untuk projek Wakaf Pembinaan Hospital, Gaza. Semoga kita sama-sama berjaya menyiapkan kesemua projek wakaf ini.
Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya rakyat Indonesia dan semua orang yang menyumbang untuk pembinaan semula masjid ini.
Di samping itu, Aman Palestin mengucapkan terima kasih kepada Dr Muhammad Ridwan Kamil, Gabenor Jawa Barat yang mereka bentuk masjid dan membuat kutipan derma untuk membina semula Masjid Sheikh Ijlin ini.
=================
Ingin BERINFAQ secara BERTERUSAN secara bulanan untuk pembebasan Palestin & Masjid Al-Aqsa tanpa bersusah-payah tercari-cari no. akaun Aman Palestin ?
Jom, sertai SUMBANGAN BULANAN melalui potongan Kad Debit/Kredit melalui pautan dibawah:
https://batupahat.amanpalestin.co/kem...
Semoga kita semua termasuk dalam golongan mereka yang membebaskan Masjid Al-Aqsa yang telah dijanjikan kemenangannya, in shaa Allah
#AmanPalestin
#BangkitBerjuangBersama
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: