Pai Strawberri Coklat Planta™
Автор: Planta Malaysia
Загружено: 2015-01-25
Просмотров: 20589
Описание:
Resepi dan Cara- cara penyediaan di bawah:
Kerak (Pie crust)
2 1/2 cawan tepung
1 sudu besar gula
¾ sudu kecil garam
1 cawan Planta™
6 sudu besar air sejuk
Bahan-bahan inti:
2 ¼ cawan susu
6 biji kuning telur sahaja
2/3 cawan gula perang
1 sudu kecil vanilla
6 sudu besar koko
4 sudu kecil tepung jagung
100g coklat
3 sudu besar Planta™
Coklat putih (secukupnya)
Strawberri (secukupnya)
Kerak:
1. Gaulkan tepung, gula dan garam ke dalam adunan. Masukkan Planta™ dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit secukupnya hingga menjadi berketul.
2. Gaulkan adunan menjadi 2 bebola. Leperkan kedua-dua adunan dan balutkan dengan plastic/cling wrap. Sejukkan selama 2 jam atau dibiar semalaman untuk hasil yang lebih enak.
Inti:
1. Masukkan kerak pai tadi ke dalam ketuhar 170’c dengan meletakkan foil dan pemberat ke atas pai. Bakar selama 10 minit. Setelah itu, keluarkan foil dan pemberat, dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit sehingga masak. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk.
2. Panaskan 2 cawan susu secara double boil.
3. Dalam mangkuk berasingan, gaulkan kuning telur, gula, vanilla, coklat, koko, tepung jagung dan ¼ cawan susu.
4. Masukkan susu panas ke dalam mangkuk berisi adunan tadi, gaul sentiasa. Letakkan kembali adunan ke atas dapur.
5. Masukkan coklat dan Planta™ dan cairkan. Gaul sehingga pekat.
6. Masukkan inti coklat tadi ke dalam kerak pai. Biarkan sejuk sehingga 4 jam atau lebih.
7. Kisar coklat putih dan taburkan ke atas pai. Susun strawberri untuk hiasan. Ataupun, sekiranya tidak mahukan coklat putih, susun strawberri tersebut menutupi keseluruhan pai.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: