Penerokaan Pelancongan 🏞️ | Jeram Gading, Jelebu, N. Sembilan | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 2026-02-22
Просмотров: 16
Описание:
Terletak di kawasan pedalaman mukim Titi lebih kurang 23 km dari pekan Kuala Klawang, jeram ini dahulu adalah laluan sungai untuk ke Pahang melalui Sungai Kongkoi dan juga ke Lata Kijang. Dipercayai, Jeram Gading mendapat namanya kerana di sini dahulunya terdapat banyak gajah.
Di sini juga terdapat sebuah pusat peranginan JERAM GADING RESORT yang kami dapati ditutup (mungkin sementara untuk baik pulih). Dikatakan resort ini sudah beberapa kali ditutup. Saya dimaklumkan, selepas ditutup buat seketika beberapa tahun lampau, pusat peranginan ini dibuka semula pada sekitar 2020-2021 namun kini nasibnya berulang kembali.
Sejarah Jeram Gading Resort semestinya panjang kerana di lokasi ini terdapat binaan yang lama dan baru. Binaan (papan) yang lama kelihatan telah wujud sejak sebelum 80-an lagi sementara kawasan peranginan yang baru mungkin dibina sekitar 90-an.
Terdapat sebuah kem disini (Kem Jaggernaut) melalui jambatan ke seberang yang mana tidak saya berani untuk gunakan kerana keadaan kepingan papannya yang dikhuatiri tidak mampu menampung berat badan saya yang obes ini. Dikatakan ada kemudahan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti di hutan lipur yang lain. Terdapat kemudahan seperti surau, tapak perkhemahan, pejabat, tandas dan kemudahan lain. Patutkah kami kembali semula ke sini? 🤔
Rujukan:
https://nstos.blogspot.com
https://mdjelebu.gov.my
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan Urbex:
Rakaman - Wolve Logan
Pendamping - Manic
Pengangkutan - Wolve Logan
Suntingan - Wolve Logan
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
💪🏼👹🏚️💪🏼
#urbanexploration #malaysianurbanexploration #malaysianurbex #serembanurbanexploration #urbex #penerokaanurban #abandonedbuildings #abandonedhouse #oldbuilding
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: