"Tergamak Tinggal Seorang Diri"- GENG 'HIKING' PERSOAL KES PENDAKI GUNUNG LIANG DITEMUKAN M4VT
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2025-10-17
Просмотров: 24759
Описание:
"Tergamak Tinggal Seorang Diri"- GENG 'HIKING' PERSOAL KES PENDAKI GUNUNG LIANG DITEMUKAN MAUT
KEMATIAN seorang pendaki lelaki di puncak gunung mencetuskan perdebatan dalam kalangan komuniti pendaki yang mempersoalkan peranan pihak penganjur, termasuk Malim Gunung Perhutanan (MGP) dan sweeper kumpulan.
Mangsa, Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah, dilaporkan hilang sejak dua hari lalu sebelum ditemukan meninggal dunia di bawah beirut (tempat berteduh sementara) di puncak Gunung Liang, Tanjong Malim, Perak pada Khamis petang.
Ramai yang meluahkan rasa terkilan dengan mempersoalkan bagaimana mangsa boleh ditinggalkan sedangkan setiap kumpulan pendakian sepatutnya mempunyai pemandu arah dan sweeper bagi memastikan keselamatan peserta.
Difahamkan, Mustaqqeem bersama 10 rakan lain memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun melalui Gunung Liang.
Namun, kali terakhir dia dilihat pada Selasa (14 Oktober) sekitar pukul 10.30 malam dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: