VIRAL NEWS 🇲🇾I BEKAS PANGLIMA TENTERA DARAT DIDAKWA TERIMA LEBIH RM2.12 JUTA HASIL AKTIVITI HARAM
Автор: KKJ SEMBANG
Загружено: 2026-01-21
Просмотров: 219
Описание:
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM2.12 juta.
Muhammad Hafizuddeain, 58, yang tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di antara 2 Februari 2024 dan 7 November tahun lalu, di hadapan Hakim Azura Alwi.
"Faham (pertuduhan) puan, saya mohon dibicarakan," katanya.
Beliau ialah PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Beliau yang menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula 1 Januari lalu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Kesemua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di dua buah bank di tiga lokasi beebeza iaitu di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini, antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025.
Sehubungan itu, Muhammad Hafizuddeain didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Azura kemudian membenarkan Muhammad Hafizuddeain diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM250,000 dengan dua penjamin (setiap seorang RM125,000) dan menetapkan pada 30 Mac ini bagi tarikh sebutan kes.
Hakim turut mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan iaitu tertuduh dikehendaki melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali sebulan dan pasportnya diserah simpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.
Terdahulu, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan tertuduh dijamin dengan wang jaminan RM300,000 dengan dua penjamin dan dua syarat tambahan berkenaan.
"Kebarangkalian untuk tertuduh melarikan diri itu ada dan pendakwaan percaya pihak pembelaan tidak boleh menafikan kebarangkalian berkenaan. Jumlah RM300,000 itu sangat munasabah dan tidak menekan," katanya.
Sementara itu, peguam bela, Aizul Rohan Anuar tidak membantah syarat tambahan kerana itu mekansime untuk memastikan kedatangan tertuduh ke mahkamah, bagaimanapun memohon mahkamah menimbangkan jumlah jaminan dikurangkan kepada hanya RM100,000.
"Jumlah lebih daripada (RM100,000) itu adalah berlebihan dalam keadaan ini. Tertuduh berkhidmat dalam tentera lebih 40 tahun dan sekarang status beliau seorang pesara dengan pendapatan sebanyak RM15,000 sebulan.
"Dengan mengambil kira semua akaunnya dibekukan, ia menjadi hukuman jika jumlah yang tinggi dikenakan.
"Jasa beliau dalam tentera dan pernah berkhidmat setahun di Bosnia, manakala isteri beliau juga menghadapi pertuduhan hari ini dan beliau juga bertanggungjawab untuk menanggung wang jaminan isterinya.
Wan Shaharuddin kemudian bangun dan berkata pihaknya berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan tertuduh selama 40 tahun, namun jaminan yang ditawarkan pendakwaan adalah munasabah.
"Jaminan bukan diambil kira dari poket tertuduh tetapi penjamin..isteri ketiga tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan dan jaminan bukan dibayar oleh tertuduh tetapi penjamin.
"Amaun yang ditawarkan pendakwaan munasabah dan tidak menekan," katanya.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: