"Asal main kena belasah," kata Bung Moktar
Автор: KiniTV
Загружено: 2017-11-23
Просмотров: 62102
Описание:
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menggesa Kementerian Belia dan Sukan campur tangan dalam membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Harimau Malaya yang semakin merudum dan merosot dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.
"Kita lihat pula bagaimana bola sepak kita pada hari ini dulu kata kalau pimpinan baru bola sepak boleh maju, boleh meningkat tapi saya nampak makin merudum, makin merosot sehingga kita dibelasah sampai 4-0, 6-0, ini rasa saya bukan satu berita yang baik di bawah pimpinan baru dalam FAM.
"Walaupun FAM itu badan tersendiri, jadi kementerian perlu campur tangan memaklumkan FAM bahawa mereka have to do something for the good kita punya football. Sebab bola sepak ini sukan rakyat.
Macam mana kita nak menonton sukan Malaysia, asal main kena belasah, asal main kena belasah. Cakap bukan main-main tinggi melambung atas langit. Tapi resultnya tidak ada.
"Sebelum kita memimpin sesebuah organisasi, jangan kita cakap terlalu tinggi. Kita harus relax, ambil perhatian. sebab nanti akan menimpa kita juga. Amat memalukan sehingga mungkin inilah yang menyebabkan bola sepak kita ini merosot kita ketinggalan jauh antara negara-negara lain. Sudah puas kita bagi pandangan, bagi komen macam mana untuk bawa bola sepak dan atlet ke persada antarabangsa kita sudah ada podium, macam-macam program.
"Tapi teknologi ini bukan boleh bawa satu perubahan tetapi naluri manusia. Bagaimana nak angkat darjat sukan dalam negara kita. Dan kita harus melihat bola sepak itu satu permainan rakyat," katanya dalam ucapan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: