Majlis Santuni Madani Dan Sambutan Ihya' Ramadan 1447H - Ucapan Anwar Ibrahim
Автор: Anwar Ibrahim
Загружено: 2026-02-14
Просмотров: 589
Описание:
Sewaktu menyantuni masyarakat di Dewan Terbuka Masjid Al-Taufiqiah, Padang Rengas, saya menegaskan bahawa Ramadan harus menjadi medan memperkukuh perpaduan dan membina akhlak, bukan ruang untuk bertelagah atau menabur penghinaan.
Dalam kesibukan urusan rasmi dan tanggungjawab harian, kita wajib menyematkan kesedaran untuk membuat persiapan rapi menyambut Ramadan al-Mubarak, agar bersama-sama kita mengangkat darjat ketakwaan kepada Allah SWT dan memperteguh nilai ihsan dalam masyarakat.
Pada kesempatan itu, saya mengumumkan beberapa inisiatif dari Kerajaan MADANI demi kesejahteraan setempat:
• RM2 juta bagi pembinaan Masjid Al-Muttaqin
• RM200,000 kepada Maahad Al-Yahyawiah
• RM140,000 kepada 28 masjid sekitar Parlimen Padang Rengas bagi program Ramadan
• RM60,000 untuk pelaksanaan Program Dapur MADANI peringkat Padang Rengas
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menggandakan ikhtiar membantu rakyat di setiap peringkat, sambil memastikan nama Malaysia terus diangkat dengan bermaruah di persada dunia.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: