AEON Best Employee Award 2024 - Episode 12 (Best Supervisor)
Автор: AEON Malaysia
Загружено: 2025-10-31
Просмотров: 318
Описание:
Episode 12 (Best Supervisor: Nur Diyana Bt Azman)
Ada satu ketika, saya hampir berputus asa. Rasa penat, rasa hilang semangat, rasa seperti usaha saya tidak membawa ke mana. Tapi sebelum saya mengambil keputusan untuk melangkah pergi, saya duduk sejenak dan berfikir. Adakah saya akan jumpa semula suasana yang seperti ini? Pasukan yang saling menyokong, saling memberi semangat, dan tidak pernah biarkan saya rasa keseorangan.
Saya teruskan juga walaupun berat. Hari demi hari, saya belajar bahawa perjalanan ini bukan hanya tentang kerja, tetapi tentang nilai keikhlasan, semangat, dan kepercayaan terhadap diri sendiri. Saya mula nampak bahawa setiap cabaran yang datang sebenarnya sedang membentuk saya untuk menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersyukur.
Dan hari ini, bila saya berdiri menerima penghargaan sebagai Pekerja Terbaik, saya tersenyum sendiri. Segala penat, air mata, dan saat saya hampir menyerah rupanya semua itu adalah jalan menuju detik yang paling bermakna dalam hidup saya.
AEON Best Employee 2024 Award merupakan salah satu inisiatif tahunan yang memberi penghargaan kepada kakitangan AEON yang menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi serta komitmen dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa.
Anugerah ini mencerminkan usaha AEON dalam menghargai dan mengiktiraf bakat terbaik yang telah menyumbang kepada pertumbuhan syarikat dan kepuasan pelanggan.
24 kisah 24 Jiwa, 1 penghargaan. Saksikan kisah mereka yang penuh dengan emosi serta perjalanan kerjaya mereka yang penuh cabaran dan warna-warni.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: