ANAK ABAIKAN BAPA STROK SELAMA 2 TAHUN, DIBIAR TERLANTAR BERSAMA NAJIS
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-02-08
Просмотров: 3574
Описание:
ANAK ABAIKAN BAPA STROK SELAMA 2 TAHUN, DIBIAR TERLANTAR BERSAMA NAJIS
Khamis lalu, aktivis kebajikan, Abbe Hae sempat mengendalikan nasib seorang warga emas bernama Pak Mail yang dikurung anaknya dalam rumah sendiri.Bakal ditempatkan di rumah kebajikan, anak Pak Mail bagaimanapun bertekad mengambil semula si ayah dan mahu memberikan jagaan lebih baik selepas ini.
Sebentar tadi, pihak Abbe Hae bagaimanapun dikejutkan dengan sebuah lagi kejadian serupa yang berlaku di Bunut Susu, Pasir Mas.
Kali ini, seorang warga emas yang menghidap strok dipercayai hanya tinggal dalam sebuah bilik yang cukup menyedihkan. Hanya ada katil kosong beralaskan kotak buruk, malahan ruangan itu juga dipenuhi dengan sampah sarap serta najis si bapa yang tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Menurut maklumat yang diperolehi, si bapa sudah hidup dalam keadaan begitu seorang
diri sejak 2 tahun lalu. Anak-anak hanya terus mengabaikan tanpa mengambil tahu keadaan bapa mereka di rumah berkenaan.
Daripada pihak Abbe Hae, laporan polis sudah pun difailkan dan warga emas terbabit bakal ditempatkan di pusat jagaan selepas ini.
Menjengah ke ruangan komen, netizen ikut marah dan bersimpati dengan nasib malang lelaki tersebut. Mereka juga mempertikaikan perbuatan si anak yang seolah-olah lupa terhadap jasa bapa sewaktu membesarkan mereka suatu ketika dahulu.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: