EPISOD 18: PRN SABAH KE 17 - SABAH FIRST, KUNDASANG MAJU ft. ROGERS TIAM
Автор: Kamonlah! Podcast
Загружено: 2025-11-21
Просмотров: 6332
Описание:
Episod terbaru Kamonlah! Podcast membawa anda menyelami denyut nadi politik dan pembangunan Sabah sempena PRN Sabah Ke-17, dengan fokus khusus kepada DUN N.36 Kundasang, sebuah kawasan di bawah kaki Gunung Kinabalu yang bukan sahaja kaya dengan keindahan alam, tetapi dipenuhi potensi besar untuk dimajukan.
Dalam episod ini, kita memperkenalkan calon Parti UPKO yang akan berentap di DUN 36 Kundasang, Tuan Rogers Tiam yang membawa tawaran manifeisto kepada masyarakat Kundasang melalui 5 teras dan 22 strategi, yang menekankan pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, kesihatan serta sukan dan kebudayaan.
Dengan pengalaman panjang beliau dalam perkhidmatan awam, penglibatan komuniti dan latar pendidikan yang kukuh, beliau tampil dengan visi Sabah First, kundasang maju yang memberi tumpuan kepada kecekapan perkhidmatan, kemajuan luar bandar dan masa depan Kundasang yang lebih teratur serta mampan.
Lebih utama, episod ini mengetengahkan suara rakyat, harapan, kebimbangan dan impian mereka terhadap kepimpinan yang bakal dipilih. Ia bukan sekadar perbincangan tentang PRN, tetapi kisah tentang kemajuan, keinginan untuk berubah dan langkah-langkah ke arah masa depan Sabah yang lebih cerah.
Bah! Mari kita dengar, fikir dan bersama-sama membentuk naratif baru untuk Kundasang dan Sabah yang lebih baik.
KamonLah! Masa untuk berubah bermula di sini.
Ikuti kami di:
📍 TikTok: / kamonlah.podcast
📍 Facebook: https://www.facebook.com/share/1AMQVN...
📍 Spotify: https://open.spotify.com/user/31pv54q...
Jangan lupa Like, Komen & Share untuk menyebarkan inspirasi ini!
#KamonLahPodcast
#SabahFirst
#PRNSabah17
#KundasangMaju
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: