Generasi Z Special | Episod 1
Автор: TV3MALAYSIA Official
Загружено: 2021-04-10
Просмотров: 250880
Описание:
*Jom Sertai Generasi Z Musim 2!*
Kalau anda berani dan ingin menguji mental dan fizikal, serta menimba pengalaman yang luar biasa, mari sertai Generasi Z musim ke 2.
Syarat-syarat penyertaan:
Berumur antara 10 - 12 tahun
Warganegara Malaysia
Fasih berbahasa Melayu
Peserta perlu merakamkan video berdurasi 1 minit, memperkenalkan diri sendiri & menceritakan pengalaman yang paling mencabar yang anda pernah alami di dalam video tersebut.
Video perlu dihantar sebelum 23 April 2021 beserta maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan mykid, no telefon & alamat.
Emelkan video ke [email protected] atau muat naik di Facebook atau Instagram dan tag @tv3malaysia beserta #generasizmusimke2 #sayanakjadiwiraz
_________________________________
Episod istimewa ini menggabungkan kembali kesemua lapan Wira Z dan Kapten Harris di Lost World of Tambun, Ipoh. Mereka akan melalui cabaran-cabaran yang menguji kecerdasan minda, kecergasan fizikal dan juga kekentalan jiwa dalam menyelesaikan pelbagai rintangan sepanjang berada di dalam taman tema ini.
Wira-wira Z akan menerima tugasan khas yang disediakan di atas kapal lanun, “roller coaster” dan juga di dalam Tin Valley dan Petting Zoo. Mereka akan dibahagikan kepada empat kumpulan, seterusnya bersaing untuk merebut peluang ke pusingan akhir di episod kedua di mana empat daripada lapan peserta Generasi Z akan bergabung dengan empat peserta The Z Power! Mereka juga akan disertai personaliti jemputan istimewa untuk bersama-sama berjuang menyahut cabaran.
#scottsmultivitsgummies #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts #GeneraziZ #GenerasiZspecial
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: