Ep 59 | Tiga Nasihat Ustaz Hasrizal jika Nik Nazmi jadi Menteri Pendidikan
Автор: Lebih Masa
Загружено: 2025-12-11
Просмотров: 15609
Описание:
Audio siar Lebih Masa malam ini menampilkan tokoh pendidikan dan penulis prolifik, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dari pengalaman beliau merantau di Jordan, Ireland Utara, Finland hingga Republik Ireland, episod ini mengupas pandangan luas beliau tentang agama, pendidikan dan pembinaan insan.
Dalam episod ini Nik Nazmi bukan sahaja mengemukakan persoalan dan pandangan tentang pendidikan sebagai pembuat dasar, tetapi juga sebagai seorang bapa.
Perbualan menyentuh isu hala tuju pendidikan negara, motivasi pelajar, kualiti guru dan disiplin berasaskan kasih sayang.
Adakah rotan wajar dikembalikan? Bagaimana pula peperiksaan seperti UPSR dan PT3? Bagaimana pula dengan cadangan pendekatan dua guru dalam satu kelas?
Ustaz Hasrizal dan Nik Nazmi juga berkongsi pengalaman mereka yang kedua-duanya didiagnos mempunyai Gangguan Hyperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) dan bagaimana sebenarnya menjadikan pendidikan inklusif sebagai realiti.
Episod ini turut meneliti pengalaman Ustaz Hasrizal sebagai penulis dan penggerak pendidikan, perbandingan sistem pendidikan luar negara terutamanya di Finland serta harapan terhadap masa depan pendidikan Malaysia.
Mereka turut membincangkan apa yang perlu dibuat untuk merealisasikan perubahan agar murid, bukan Menteri, Pengarah atau guru, sebagai VIP sistem pendidikan!
00:00 Intro
03:22 Asal Usul
06:48 Latar belakang pendidikan & pengembaraan
18:45 Sistem pendidikan Finland
24:08 Kelemahan sistem pendidikan kita
29:37 Kenapa pendidikan kita kurang impak
34:22 Pemansuhan UPSR & PT3
37:19 Co-teaching
39:50 Soal Rotan
47:12 Nasihat kepada Menteri Pendidikan
51:21 Pendidikan Inklusif
59:47 Realiti kepelbagaian sekolah di Malaysia
01:03:49 Pesanan kepada ibu bapa
Hos:
Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad
Like, Follow, Share, Subscribe:
Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa
Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio:
Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa
Kredit:
PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff
PENERBIT: Sherry M.Shariff
JURUKAMERA: Amirul Fikri Abdul Malik & Nor Din Shafiq Bin Haron
JURUTEKNIK: Chandra Arjun
MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah
PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah
SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon
#ustazhasrizal #niknazmi #pendidikan
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: