Hj Nur Asiah Djamil | Musyafir
Автор: Toweran
Загружено: 2013-10-31
Просмотров: 880391
Описание:
Lagu: Musyafir
Penyanyi: Hj. Nur Asiah DJamil
Genre: Nasyid
__
Hajah Nur Asiah DJamil yang berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di Utara Kota Raya Medan, Sumatera Utara, Indonesia, merupakan seorang penyanyi lagu nasyid yang popular di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand dengan rekor kejayaan merakamkan kira-kira 500 lagu Genre Nasyid Tradisional, seperti Selimut Putih. Sepanjang hayatnya sebagiannya bersama Orkes El Suraya. Beliau dilahirkan pada 1944 dan antara lagunya paling popular ialah Panggilan Haji, karena cukup sinonim ketika musim ibadah haji setiap tahun dan lagu ‘Seram’ sepanjang zaman, Selimut Putih yang pastinya memberi keinsafan amat mendalam kepada sesiapa mendengar bait-bait liriknya.
Walaupun era kegemilangan Hj. Nur Asiah Djamil mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan zaman. Beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur dan Saudi Arabia tahun 1970, dan menjadi pendakwah ikon di Republik Indonesia.
Dra Hj Nur Asiah meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 13 Disember 2014. dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu. Beliau meninggalkan empat orang anak, satu orang perempuan dan tiga laki-laki serta 10 orang cucu.
---
Menurut cerita, lagu ini dibuat oleh dra nur asiah jamil sepulang dari mtq nasional yang diadakan di kab aceh singkil. Ketika itu dia beserta rombongan kafilah dari medan menaiki perahu di laut singkil menuju ke medan. Di tengah perjalanan tiba tiba ombak besar datang dan badai. Ketika itu semua penumpang cemas dan panik. Namun atas pertolongan dari Allah mereka semua selamat. Ketika sampai di medan, oleh beliau karanglah lagu musfir ini sebagai cerita dari perjalanan mereka ketika pulang dari singkil.
#Toweran
#NurAsiahDjamil
#Nasyid
#Qosidah
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: