Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) | Universiti Malaya Kuala Lumpur (4k Video)
Автор: Fawwaz Media
Загружено: 2022-01-04
Просмотров: 5096
Описание:
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya dan Akademi Islam Universiti Malaya. Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi yang tersendiri dalam Universiti Malaya.
Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak dari waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa eksekutif kepada jabatan berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala yang berhubung dengan hal-hal akademik.
Apabila Majlis Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan Pengajian Islam telah diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis dan Senat Universiti Malaya. Selama tempoh tersebut sehingga ia bergabung dengan Akademi Pengajian Islam pada bulan April 1996, jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Akademi Islam pula ditubuhkan pada tahun 1981hasil pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia mengandungi dua buah fakulti, iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, dan satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.
Pada tahun 1996, Akademi terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian Pengajian Syariah mengandungi Jabatan Fiqh dan Usul, Jabatan Siasah Syari’yyah, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Jabatan Syariah dan Pengurusan, dan Jabatan Syariah dan Undang-Undang. Bahagian Pengajian Usuluddin pula terdiri dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.
Dua (2) program yang dijalankan bersama Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains serta Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat pula ialah program Pendidikan Islam dan Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat.
APIUM turut menawarkan 2 program asasi yang merupakan program feeder kepada APIUM iaitu program Asasi Pengajian Islam dan Sains yang dijalankan di kampus UM Kuala Lumpur dan program Asasi Pengajian Islam dan Program Khas Bahasa Arab (PKBA)yang dijalankan di kampus cawangan UM di Bachok, Kelantan.
Pentadbiran Akademi Pengajian Islam dilaksanakan di dua tempat, iaitu di kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dan di kampus UM di Bachok, Kelantan.
Di kampus utama pentadbiran dilaksanakan melalui tiga komponen utama, iaitu Bahagian Ijazah Tinggi, Bahagian Ijazah Dasar dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Sementara di kampus cawangan Bachok, tumpuan diberikan kepada program pra-ijazah.
#malaysia #fawwazmedia
----------------------------------------------------------
The Legend of Narmer by WombatNoisesAudio | / user-734462061
Creative Commons Attribution 3.0 Unported License
https://creativecommons.org/licenses/...
Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: