APAKAH MAKSUD AGAMA ISLAM TELAH SEMPURNA? [kupasan ayat yang dijadikan sandaran dr. Asri]
Автор: Cinta Kebenaran
Загружено: 2022-09-05
Просмотров: 2457
Описание:
🔴 ugama tidak sempurna sehinggalah permashuran dan pertabalan Ali sebagai pemimpin di Ghadir Khum,
➡️ Ayat ke-3 dari surah al-Ma’idah tersebut diturunkan di Ghadir Khum, sebuah tempat persinggahan yang mempunyai air, terletak antara Makkah dan Madinah. Tatkala Nabi (s.a.w) mengangkat tangan Ali dan bersabda: Tidakkah aku pemimpin orang beriman? Mereka berkata: Bahkan iya wahai Rasulullah. Baginda lalu bersabda: Barangsiapa aku adalah pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Maka berkatalah Umar al-Khattab: Tahniah wahai putera Abi Talib, engkau menjadi pemimpin ku dan pemimpin setiap Muslim. Maka Allah menurunkan ayat: Hari ini, aku sempurnakan bagimu ugamamu
➡️ Diriwayatkan, Abi Sa;id al-Khudri berkata: Tatkala Rasulullah (s.a.w) menabalkan Ali di Ghadir Khum, maka baginda menyeru baginya kepimpinan. Turunlah Jibrail (a.s) dengan ayat ini: Hari ini aku sempurnakan bagi kamu ugamamu, dan aku lengkapkan bagi kamu nikmatku, dan aku reda bagi kamu Islam sebagai agama.
🔴 Akibat buruk tidak mengakui hadis al-Ghadir
➡️ Dalam satu kisah, seorang sahabat Nabi menjadi buta akibat terkena kutukan Imam Ali bin Abi Talib setelah enggan mengakui Nabi bersabda tentang kepimpinan di Ghadir Khum.
🔴 Akibat buruk menukilkan hadis Ghadir Khum
➡️ Imam Tabari dikatakan pernah menulis 2 jilid kitab al-Ghadir. Di akhir hayat hidupnya, beliau diboikot oleh masyarakat sehingga jenazahnya tidak dibenarkan dikebumi di tanah perkuburan Muslim.
🔴 Umat Islam berpuasa sempena hari Ghadir Khum atau hari kesempurnaan agama
➡️ Ibnu Zulaq berkata: Hari ke 18 Zulhijjah tahun 362, merupakan ulangtahun hari al-Ghadir bagi masyarakat Mesir dan Maghribi yang mengikuti hari itu untuk berkumpul untuk berdoa, kerana ia adalah hari eid di mana Rasulullah (s.a.w) melantik Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pada hari tersebut dan menjadikannya sebagai khalifah.
🔴 Kesimpulan
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: