Rai anak yatim Nusantara
Автор: Harian Metro
Загружено: 2026-02-11
Просмотров: 25
Описание:
Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) pada Selasa 10 Februari memeterai kerjasama strategik bersama Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) bagi menjayakan inisiatif kemanusiaan, ‘Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara Bersama Gaza’ pada Ramadan depan.
Program iftar berkenaan dijadualkan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 28 Februari depan bersamaan 10 Ramadan.
Pengarang Kumpulan HM merangkap Pengerusi Projek TKHM, Husain Jahit berkata, inisiatif itu bertujuan meraikan anak-anak yatim di seluruh Nusantara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Filipina, di samping menyalurkan sokongan kemanusiaan kepada Gaza yang masih berdepan krisis berpanjangan.
Menurutnya, penganjuran program iftar ini selaras dengan visi Harian Metro sebagai akhbar komuniti yang komited melaporkan berita yang dekat di hati rakyat serta aktif dalam pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: