KERTAS SIASATAN DIBUKA KEMENTERIAN EKONOMI MEMBABITKAN RAFIZI BERNILAI RM1. 1 BILLION.
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2026-02-16
Просмотров: 3176
Описание:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
BH difahamkan, kertas siasatan itu dibuka di bawah Akta SPRM 2009.
Ia susulan penelitian SPRM terhadap maklumat yang diberikan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung seorang menteri kanan sebuah kementerian, minggu lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi BH mengesahkan siasatan itu namun tidak mengulas lanjut.
Ahmad Khusairi sebelum ini berkata, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau berkata tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan.
Meterai perjanjian secara tergesa-gesa
Siasatan awal SPRM terhadap perjanjian mega RM1.1 bilion mendapati ia dipercayai dimeterai secara secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.
BH difahamkan, cadangan ketika itu turut membabitkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Bagaimanapun, perjanjian itu dimeterai secara tergesa-gesa oleh kementerian berkaitan, malah beberapa perkara janggal dikatakan turut terjadi sewaktu perjanjian itu berlangsung.
Antaranya, beberapa individu dikatakan diberikan jawatan yang tinggi dalam syarikat yang berkaitan, yang menimbulkan persoalan mengenai 'conflict of interest'.
Ketua Setiausaha kementerian dipanggil SPRM sebagai saksi
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha sebuah kementerian akan dipanggil bagi membantu siasatan terhadap perjanjian mega bernilai RM1.1 bilion, yang sedang disiasat SPRM.
Difahamkan, pegawai kanan kerajaan itu dan beberapa individu lain akan dipanggil oleh SPRM sebagai saksi dalam siasatan berkenaan.
BH difahamkan, semua mereka juga akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan perjanjian berkenaan.
Sumber Berita
1. https://www.bharian.com.my/berita/nas...
2. https://www.bharian.com.my/berita/nas...
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: