Piala Buluh Perindu 2025 - Riwayat Putera
Автор: Durbar Dua
Загружено: 2025-05-07
Просмотров: 1453
Описание:
Tema: "Pelik tapi Benar"
Senikata: Luqman Nur Hakim
Lagu Ciptaan: Al-Jazuqi
“Abang Abu, Pelik atau Cerdik?”
Juara:
ini dia Abang Abu, pekerja nombor satu
bijak susun langkah, pantang terkaku
dah siap asah lidah tak ‘kan terpintal kelu
pandai petah tutur kata, jarang terkedu
oh Abang Abu, apa rahsia apa ilmu
semua yang kaumahu, tiada bantahan
ada menunduk malu, segan, ragu
setiap tingkah laku, main peranan
oh Abang Abu, ilmu konon dihujung kuku
kala kunjung hujan ribut, kauhalau pergi
sembang mampu luruskan jalan berliku
menjadi asbab dipandang tinggi, sudah pasti
Karut yengki:
mari selidik satu-satu
cari-cari jawapan
soalan seribu satu
harap jumpa kesimpulan
apa kata bersemuka
terus terang, senang cerita
sambil tenung empat mata
Abang Abu bentang semua
Karut Kelantan:
“cara cepat naik pangkat, pujilah bos tinggi-tinggi
bos bagus, baik, hebat! sambil hulur biskut-kopi”
“jangan bantah, memberontak, yang dirancang atau cadang
raih, sokong, tepuk, sorak! kasi semangat memanjang”
ujar Abang Abu lagi, “rakan jangan diabaikan
mesti tolong, bantu tapi! hutang budi, kausimpan”
“bila kerja makin tambah, kauagihkan sana-sini
saat selesai sudah, hasil catit nama sendiri”
Karu Temasek:
(masih) ada lagi
“cara ini pasti menjadi
siapa yang pemalas, pembangkang, pendengki
kauberitahu bos maklumat ini!
sudah tentu bos semakin sayang nanti
cuma risikonya tinggi, takut terbalik makan diri”
rupa-rupanya Abang Abu yang dipandang tinggi
konon baik budi pekerti
kerja mengampu, ‘mengangkat’ tinggi-tinggi
ambil kesempatan, menikam belakang rakan sendiri
melampau! kejam! pendengki!
patutkah dicontohi?
konon tak usah kerja bagai nak mati
dalam dunia realiti, tak ada yang ambil peduli
biar dipandang pelik cara-cara ini
cuma harus peka, jaga diri
yang penting, setiap bulan masuk gaji
bukankah itu yang dikehendaki
Karut Matang:
semakin pelik, cara yang pelik-pelik
atau sebenar-benar otak yang cerdik
Abang Abu anggap ini yang terbaik
asalkan hidup berterusan, tak bertitik
mungkin tak terfikir sejenak-sedetik
pengampu yang licik, takkan pernah serik
Lagu Penutup:
(irama tuntut ilmu)
bimasakti di angkasa
sinarilah si Anak Raja
mungkin betul atau salah dipandang mata
walau pelik caranya, itu tetap usaha
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: