Squid Game: Musim 3 | Treler Permainan Terakhir | Netflix
Автор: Netflix Malaysia
Загружено: 2025-06-13
Просмотров: 2941
Описание:
Tiba masanya untuk bermain permainan terakhir.
Squid Game 3 akan ditayangkan mulai 27 Jun, hanya di Netflix.
Daripada Musim 1 hingga Musim 3, Gi-hun terus berjuang habis-habisan. Mampukah dia menang dalam Squid Game yang berbahaya ini? Atau Front Man kekal selangkah di hadapannya?
Maklumat lanjut tentang Squid Game Musim 3:
Pemberontakan yang gagal, kematian sahabat dan pengkhianatan yang tidak diketahui. Kesinambungan daripada pengakhiran berdarah yang tergantung pada Musim 2, Musim 3 yang juga musim akhir siri paling popular Netflix ini menyaksikan Gi-hun atau dikenali sebagai Pemain 456 di titik paling rendah setakat ini. Namun, Squid Game tetap diteruskan, maka Gi-hun terpaksa membuat keputusan penting untuk berdepan dengan rasa putus asa saat dia dan pemain lain yang masih hidup terperangkap dalam permainan lebih berbahaya yang menguji ketahanan mereka. Dalam setiap pusingan, pilihan mereka membawa kepada akibat yang semakin buruk. Sementara itu, In-Ho tetap memainkan peranannya sebagai Front Man yang menyambut kedatangan VIP misteri dan Jun-ho, adiknya pula meneruskan pencarian di pulau terpencil tanpa mengetahui wujudnya pengkhianat. Adakah Gi-hun akan membuat keputusan yang betul atau adakah Front Man berjaya mematahkan semangatnya?
Pengarah Hwang Dong-hyuk, yang telah mencipta sejarah di Primetime Emmys® yang ke-74 dengan menjadi orang Asia pertama yang memenangi Pengarahan Terbaik untuk Siri Drama, sekali lagi menggalas peranan dalam siri ini sebagai pengarah, penulis dan penerbit. Musim 3 menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Wi Ha-jun, Park Gyu-young, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Kang Ae-sim, Jo Yu-ri, Chae Kuk-hee, Lee David, Roh Jae-won dan Jun Suk-ho, dengan penampilan istimewa oleh Park Hee-soon.
Layan di Netflix: https://www.netflix.com/title/81615967
Langgan: https://bit.ly/4jysttf
Mengenai Netflix:
Netflix merupakan salah satu perkhidmatan hiburan terkemuka di dunia, dengan lebih 300 juta keahlian berbayar di lebih 190 buah negara yang menikmati siri TV, filem dan permainan merentasi pelbagai genre dan bahasa. Ahli boleh memainkan, menjeda dan meneruskan rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan boleh menukar pelan mereka pada bila-bila waktu.
Ikuti Netflix Malaysia di:
➡️TIKTOK: / netflixmy
➡️FACEBOOK: / netflixmy
➡️INSTAGRAM: / netflixmy
➡️X: https://www.x.com/netflixmy
Squid Game: Musim 3 | Treler Permainan Terakhir | Netflix
/ @netflixmy
Permainan baharu. Musuh lama. Pemain 456 dan Front Man menghadapi dilema moral dan cabaran yang mendebarkan dalam pertarungan terakhir. Siapakah yang bakal menang?
Повторяем попытку...

Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: