Syukur Sempena 30 Tahun MA'HAD AL-JAUHARIAH ISLAMIAH ( Official Music Video )
Автор: AL-islamiah Wittaya Foundation School
Загружено: 2025-09-24
Просмотров: 2172
Описание:
Anasyid : Syukur sempena 30 tahun Ma’had Al-jauhariah Islamiah
น้อมรำลึก 30 ปี โรงเรียนอัลอิสลามียะห์ วิทยามูลนิธิ
Munsyid : M.Charu Hisyam , Abidin Nadi Putra , Nurdin Mursyid
Lirik : Nadia osman
Lagu / muzik : abuyusuf almenara
Muzik Video: MSK media style k.b.y.
Tiga puluh tahun berlalu
Dari tanah padi dan kebun getah
Bertatih langkah penuh restu
Terbinalah Maahad, cahaya ummah
Kubang Buaya bumi bertuah
Tempat sejarah terpahat indah
Masjid berseri, sekolah bersinar
Ilmu dan iman terpancar mekar
Lambang terukir penuh erti
Kitab dan cahaya jadi simbol hati
Padi melambang cukup rezeki
Tujuh belas seri sujud Ilahi
Hari Turunnya Quran panduan abadi
Maahadku tercinta, warisan sejati
Jawhariyah bersinar penuh bererti
Jasa pengasas kami sanjungi
Namamu harum dalam sejarah kami
Malam berfikir, siang berusaha
Derma dicari, doa dipinta
Tanah dibeli dengan air mata
Kini tersergam madrasah mulia
Dulu pelajar hanya puluhan
Kini ribuan, penuh harapan
Dari Ibtidai ke Sanawi terbina
Membina ilmu, membela agama
Ya Allah… berkati perjuangan ini
Jadikan kami pewaris ilmi
Lahirkan pejuang berjiwa suci
Membangun ummah, memaju negeri
Maahadku tercinta, warisan sejati
Jawhariyah bersinar penuh bererti
Jasa pengasas kami sanjungi
Namamu harum dalam sejarah kami
Permata Jawhariyah…
Teruskan bersinar selamanya
Menjadi cahaya ummah tercinta
Dengan ilmu… dengan taqwa…
Maahadku tercinta, warisan sejati
Jawhariyah bersinar penuh bererti
Permata ummah sepanjang zaman
Jawhariyah gemilang… terbilang selamanya
#30tahun #Kubangbuaya #Nasyid #NasyidIslamik #IramaDakwah #Mursyid #Nadiputra #Hisyam #AlislamiahWittayaFoundationSchool
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: