BANGUNAN Pusat Mahasiswa UMK[HD]
Автор: OfficialUMK
Загружено: 2018-04-09
Просмотров: 2496
Описание:
BANGUNAN PUSAT MAHASISWA DI BAWAH SATU BUMBUNG BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR
BANGUNAN Pusat Mahasiswa yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Idris Jusoh memainkan peranan penting sebagai pusat sehenti atau one stop centre yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Pusat Kesihatan Universiti di bawah satu bumbung.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Lt. Kolonel Prof. Dr. Zaliman Sauli, berkata, Pusat Mahasiswa yang memulakan pembinaan bangunan pada 21 Mei 2015 dan mula diduduki secara keseluruhan pada Jun 2017.
Beliau berkata, bangunan berkonsepkan tradisional Kelantan itu menempatkan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Bahagian Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Bahagian Kebudayaan dan Pusat Kesihatan Universiti.
“Kemudahan di bawah satu bumbung itu adalah salah satu usaha dan inisiatif pihak UMK bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada mahasiswa di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
“Mahasiswa boleh membuat pelbagai urusan dengan Pejabat Hal Ehwal dan Alumni dalam satu bangunan yang memberi kemudahan secara teratur dan menjimatkan masa tanpa perlu pergi berulang-alik ke bangunan-bangunan lain,” katanya selepas Majlis Perasmian Bangunan Pusat Mahasiswa di UMK Bachok, pada 1 April 2018.
Turut hadir, Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama piah Che Othman dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.
*Like Facebook Rasmi UMKTV :
/ umktv.umk
*Subscribe Youtube Chanel UMKTV: / umktvumk
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: