Pandu Uji Mazda6 2.0L Facelift - Lagi Mewah, Lagi Cun!
Автор: Pandu Laju
Загружено: 2018-11-18
Просмотров: 50591
Описание:
Sejujurnya abang tak berkenan sikit dengan rekaan kereta Mazda ni. Tapi selepas ada teknologi Skyactiv dengan rekaan KODO, persepsi abang dah berubah.
Mazda yang dulu bukan lagi kereta Mazda yang sekarang. Macam sekarang, keluar la apa model sekalipun, design dia memang mantap. Apatah lagi feel pemanduan. Hanya yang pernah duduk dan bawa saja yang akan faham apa yang abang maksudkan.
Berbanding dengan model sedia ada, Mazda6 versi facelift ada sikit kelainan dari segi kosmetik dan pemanduan. Berikut ialah antara ciri baharu yang ada pada Mazda6 facelift.
APA YANG BARU DARI LUAR?
Gril depan rekaan baru yang menyerlahkan lagi penampilan Mazda6 (2018)
Didatangkan dengan lampu utama LED
Rim rekaan baru
Bampar juga direka semula bersama corong udara untuk menambah baik prestasi aerodinamik
Bahagian belakang tampil dengan kemasan krom, rekaan lampu baharu yang kemas dan tajam
Corong ekzos pula diletakkan hampir dengan bucu kereta
DALAMAN LEBIH PREMIUM
Papan pemuka dilebarkan untuk menyerlahkan garis tajam
Paparan infotainmen MAZDA CONNECT dilebarkan kepada 8-inci dan diletakkan tinggi untuk
pandangan lebih jelas
Projeksi Paparan Pemanduan Aktif pada cermin utama (varian 2.2L dan 2.5L sahaja)
Prestasi kerusi depan Mazda6 (2018) turut dipertingkatkan bagi membentuk postur S secara semula jadi
Kerusi depan dilebarkan untuk meningkatkan sokongan fizikal kepada pemandu dan penumpang
Palam mengecas USB disediakan pada perehat tangan belakang, selain di tempat letak botol
minuman
ENJIN MASIH KEKAL SAMA
Mazda6 (2018) facelift, yang juga model import penuh (CBU), masih dipadankan enjin sama seperti versi terdahulu iaitu SKYACTIV-G 2.0L, SKYACTIV-G 2.5L dan SKYACTIV-D 2.2L.
Bersama bantuan kotak gear automatik SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan, model ini turut dilengkapkan dengan teknologi Kawalan Pemvektoran-G (G-Vectoring Control - GVC).
Nak tahu 5 Perkara Mengenai Mazda6 (2018) Facelift, baca ni
https://pandulaju.com.my/inilah-5-per...
Jangan lupa layari sekali;
LAMAN WEB : https://pandulaju.com.my
YOUTUBE : / pandulaju
FACEBOOK : / pandulaju.com.my
INSTAGRAM : / pandulaju
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: