ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Masjid Negara Kuala Lumpur | National Mosque Kuala Lumpur | Baikpulih Bumbung 2022 (4k Video)

Автор: Fawwaz Media

Загружено: 2022-04-28

Просмотров: 10672

Описание: Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Masjid Negara terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar.

Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk. Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

Sebelum terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur.

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (dari United Kingdom) and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Abbasiyah/Turki Usmaniah masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

#malaysia #fawwazmedia
-------------------------
Cinematic Epic Emotional | EGLAIR by Alex-Productions |    / @alexproductionsnocopyright  
Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY 3.0
https://creativecommons.org/licenses/...

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Masjid Negara Kuala Lumpur | National Mosque Kuala Lumpur | Baikpulih Bumbung 2022 (4k Video)

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Как Таджикистан строит самую высокую в мире плотину для регулирования уровня горной реки

Как Таджикистан строит самую высокую в мире плотину для регулирования уровня горной реки

Kuala Lumpur to the Stunning Blue Mosque🕌 | Shahalam 🇲🇾 | Local Transport | EP 14 | Malaysia | #4k

Kuala Lumpur to the Stunning Blue Mosque🕌 | Shahalam 🇲🇾 | Local Transport | EP 14 | Malaysia | #4k

masjid negara KUALA LUMPUR (3)

masjid negara KUALA LUMPUR (3)

Masjid Baiturrahman Alamsari, Bangi, Selangor

Masjid Baiturrahman Alamsari, Bangi, Selangor

Putrajaya, 🇲🇾Malaysia【Putra Mosque】【4K】

Putrajaya, 🇲🇾Malaysia【Putra Mosque】【4K】

Senarai Top 12 Masjid Terbesar Berdasarkan Kapasiti Jemaah Di Malaysia

Senarai Top 12 Masjid Terbesar Berdasarkan Kapasiti Jemaah Di Malaysia

Lebuhraya LTU/CSR Persimpangan Raub (U) - Persimpangan Kechau, Lipis (57 KM)

Lebuhraya LTU/CSR Persimpangan Raub (U) - Persimpangan Kechau, Lipis (57 KM)

Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur | Federal Territory Mosque | Masjid Wilayah (4k Video)

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur | Federal Territory Mosque | Masjid Wilayah (4k Video)

ECRL Selangor: Gombak (Januari 2026)

ECRL Selangor: Gombak (Januari 2026)

Inside the World’s Largest Horn & Leather Factory — From Horn & Hide to Million-$ Goods (Full ASMR!)

Inside the World’s Largest Horn & Leather Factory — From Horn & Hide to Million-$ Goods (Full ASMR!)

Universiti Kebangsaan Malaysia, view from drone | DJIAir2s

Universiti Kebangsaan Malaysia, view from drone | DJIAir2s

Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur

Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur

Saudi Arabia’s 1 KM Skyscraper is Growing FAST! 2026 Update

Saudi Arabia’s 1 KM Skyscraper is Growing FAST! 2026 Update

LTU/CSR PAKEJ 3, SEKSYEN 3D: BULATAN GUA MUSANG KE MENTARA. PROGRESS UPDATE DISEMBER 2025

LTU/CSR PAKEJ 3, SEKSYEN 3D: BULATAN GUA MUSANG KE MENTARA. PROGRESS UPDATE DISEMBER 2025

Unbelievable Recovery: Lifting a 8,000 Ton Nuclear Submarine Nuclear Submarine Restoration

Unbelievable Recovery: Lifting a 8,000 Ton Nuclear Submarine Nuclear Submarine Restoration

Ziarah Masjid Malaysia Ep64. Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur

Ziarah Masjid Malaysia Ep64. Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur

Deep Sea Treasure Discovery: Giant Machines Recover a Long-Lost Queen Anne's Revenge Pirate Ship

Deep Sea Treasure Discovery: Giant Machines Recover a Long-Lost Queen Anne's Revenge Pirate Ship

Inside the Bull Horn Leather Factory – (Full Process) How Million-Dollar Goods Are Made

Inside the Bull Horn Leather Factory – (Full Process) How Million-Dollar Goods Are Made

"Niemcy będą zazdrościć Polakom". Zapomniane proroctwo stygmatyczki spełnia się TERAZ!

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]