Rancangan Menaikkan Nilai Ringgit | Yang Bakar Menteri EP3 | YB Rafizi Ramli
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2024-02-08
Просмотров: 30957
Описание:
Kritikan paling utama terhadap prestasi ekonomi negara mutakhir ini ialah kedudukan nilai matawang ringgit berbanding negara-negara lain.
Kejatuhan ketara nilai ringgit bermula dalam tahun 2015 akibat kebimbangan pelabur dan pasaran ekoran skandal 1MDB. Hakikatnya, walaupun ada turun naik antara 2015 hingga sekarang, nilai ringgit tidak pernah mengukuh ke peringkat sebelum skandal 1MDB meletup.
Itu beza di antara kejatuhan ketara (pada masa itu) dalam tahun 2015 dan sekarang.
Kejatuhan ketara itu berlatar belakangkan skandal kewangan 1MDB dalam keadaan pasaran global tidak mengalami kelembapan ekonomi dunia dan ketidaktentuan di negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan China.
Keadaannya berbeza sekarang.
Dalam keadaan nilai ringgit tidak pernah pulih sepenuhnya dari kejatuhan ketara 2015, ringgit kini dipengaruhi pula oleh dasar monetari Amerika Syarikat (yang menyebabkan perbezaan kadar faedah kerana Malaysia menetapkan untuk tidak menaikkan kadar faedah) dan kelembapan ekonomi China.
Sebab itu, usaha kerajaan mengukuhkan ringgit perlu mengambil kira langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang.
Untuk jangka masa pendek, kita wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat. Sebab itu, pandangan saya Bank Negara membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan kadar faedah, atau untuk tidak mempertaruhkan rizab simpanan negara untuk mempertahankan ringgit.
Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Kedua-dua langkah ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran untuk menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang.
Penstrukturan ekonomi negara juga penting untuk memastikan eksport negara tidak terlalu bergantung kepada sentimen ekonomi dunia (contohnya sekarang, akibat sentimen ekonomi dunia yang menyederhana, eksport elektronik negara adalah perlahan yang mempengaruhi nilai ringgit).
Ikuti penerangan saya mengenai perkara ini yang ditanya secara spontan semasa Episod 3: Yang Bakar Menteri minggu ini.
#YangBakarMenteri
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: