Jawatankuasa Parlimen atau Jawatankuasa Azalina?
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2026-03-11
Просмотров: 4144
Описание:
Bukan soal setuju atau tidak dengan pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Bila satu jawatan baru diberi kuasa besar, siapa yang akan semak, siapa yang akan kawal, dan siapa yang boleh pastikan kuasa itu kekal bertanggungjawab kepada rakyat?
Kebimbangan ini bukan datang daripada satu dua orang.
Bukan kami pandai-pandai cipta. Civil society, NGO, termasuk ABIM dan IKRAM pun bangkitkan perkara yang sama: jangan buang satu masalah, kemudian cipta satu lagi pusat kuasa yang lebih susah dikawal.
Kalau Pendakwa Raya itu besar kuasanya, maka talian pertanggungjawabannya juga mesti jelas. Dalam sistem kita, kuasa rakyat itu datang melalui Parlimen. Jadi semak imbang itu mestilah melalui Parlimen juga.
Sebab itu bila kerajaan tubuh jawatankuasa khas baru, sedangkan jawatankuasa Parlimen sedia ada sudah ada, orang berhak tertanya-tanya.
Kerajaan betul-betul mahu perbaiki sistem, atau cuma mahu susun semula kuasa ikut acuan sendiri?
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: