REVIEW: PREMIUM WATER CHALET, LEXIS PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN | MALAYSIA
Автор: Gnola79 Channel
Загружено: 2022-10-05
Просмотров: 9179
Описание:
Kalau anda sekeluarga merancang nak bercuti di Port Dickson dan tercari-cari hotel yang best untuk seisi keluarga, anda boleh try stay di Premium Water Chalet, Lexis Port Dickson. Ada banyak jenis bilik yang anda boleh pilih ikut bajet masing-masing. Cuma kalau pergi time public holiday atau pada masa school holidays, surcharge memang tak dapat dielakkan. Pejam mata je lah masa anda bayar tu ye...😅
Satu perkara yang harus diingat apabila anda berkunjung ke Lexis Port Dickson adalah, LEXIS PORT DICKSON dan GRAND LEXIS PORT DICKSON adalah dua entiti yang berbeza. Walau pun kedua-duanya berada di bawah satu pengurusan yang sama, namun hotelnya berbeza, laman web berbeza, rekabentuk serta kemudahan bilik berbeza, bilangan bintang berbeza dan semestinya harga mereka juga berbeza. Malah kekeliruan ini telah diperhebatkan lagi dengan lokasi hotel ini hanya sebelah menyebelah sahaja. Secara kesimpulan ada 4 pilihan bilik di sini iaitu Premium tower seaview, Deluxe water chalet, Executive water chalet, Premium water chalet.
Waktu check in dekat sini agak lambat iaitu pukul 3 petang. Tapi kalau ada kekosongan, seawal pukul 2 petang dah boleh dapat bilik. Proses check in semuanya cepat. Dalam 10 minit dah selesai semua. Untuk ke bilik hotel, perkhidmatan buggy disediakan. Kita boleh request untuk pekerja hotel ambilkan semua beg dan barang dari depan pintu lobi je. Layanan memang superb. Dari waktu booking kat sini sampailah kita tiba untuk check-in untuk menginap dan check-out sewaktu balik. Jika kita ada masalah kita buat laporan terus dan cepat tau pihak pengurusan Lexis Port Dickson buat tindakan.
Uniknya bilik di Premium Water Chalet ini adalah kita akan masuk melalui bilik air. Masuk dalam sikit barulah nampak ruang tidur yang wow jugaklah. Ada dua katil, satu king dan satu queen dengan kemudahan asas lain yang perlu ada dalam sebuah hotel seperti peti televisyen, peti ais mini, peti besi dan sebagainya. Tidak dilupakan kemudahan terkini yang perlu ada untuk menarik kehadiran pengunjung ke sesebuah hotel di alaf baharu ini iaitu wifi. Antara aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan di sini selain daripada berendam badan di dalam tab mandian adalah seperti bermandi-manda di kolam renang atau bersenam di gimnasium.
Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan basikal yang disediakan pihak hotel untuk makan angin di kawasan sekitar, sangat menyeronokkan! Bagi yang membawa anak kecil pula, anda boleh membawa mereka berseronok di taman permainan kanak-kanak.
“Smart Living Above Sea Water”
Lexis Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
#Premiumwaterchalet #lexispd #lexis #portdickson #pd #cuticutimalaysia #Premiumwaterchaletlexisportdickson
#tourism_malaysia #instatravel #travelgram #instagood #staycation #shorttrip #beach
#nature #adventure #vacation #travel #fyp
#travelblogger #happy #percutian #cuticuti
#travelphotography #visitmalaysia #cuti
#Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #accomodation #rooms #agency #airbnb #kakijalan #sukacuti #schoolholidays #holidays #holidayseason #visitnegerisembilan #familyvlog #gnola79channel #gopro10black #gopro #gopro10 #vlog
🌟 My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: