Ati gaga pulai Gawai (BELAWIT ULU, POI KANOWIT) di pedalaman Borneo, Sarawak
Автор: Wen Raymond
Загружено: 2023-05-12
Просмотров: 43740
Описание:
Tempat yang sangat indah dan cantik iaitu di kampung halamanku di, Belawit Ulu, Ulu Poi, Kanowit semasa menyambut perayaan gawai pada tahun 2022. Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957. Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai "Hari Sarawak" dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik.
Pada 1 Jun 1963, Datuk Michael Buma, anak jati Betong, menganjurkan sambutan Hari Gawai Dayak yang pertama di rumahnya di Siol Kandis, Kuching. Pada 25 September 1964, Hari Sarawak telah diwartakan sebagai cuti umum bagi memaklumkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Cuti umum ini mula disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan, hasrat dan harapan komuniti Dayak. Pesta ini disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baru.
Kanowit merupakan satu daerah kecil yang terletak di dalam Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia dengan keluasan 2,253.5 km persegi. Jumlah penduduknya 28,600 orang (2002).Daerah kecil ini dapat dihubungkan dengan menggunakan laluan air dan laluan darat dari Sibu menghala ke bahagian Kapit dan daerah Julau. Perjalanan dari Sibu ke Kanowit mengambil masa 1 jam perjalanan. Kedudukan Kanowit amat strategik kerana menjadi tempat persinggahan sementara bagi pengguna laluan air sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman Sarawak. Iban adalah kaum Peribumi asli (Orang Asal tertua) yang tinggal di pulau Borneo. Mereka boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai) dan Labuan. Hasil MtDNA ke atas Iban didapati, Iban mempunyai kadar Hapgroup Z 11% tertinggi di Asia Selatan. mtDNA Iban adalah M* (16) iaitu ras purba yang dikaitkan dengan migrasi terawal ke Asia zaman purba 50,000 tahun dari Afrika. (Simonson 2011).
Kajian ke atas "Deep Skull" di Gua Niah berusia 40,000 tahun didapati mempunyai persamaan dengan Iban.(Rujukanhttps://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/arti...)
Drone footage: Channel Borneo Sharer
• Belawit Ulu, Sungai Poi
Tiktok: Wen Raymond
www.tiktok.com/@wen.raymond
Barang yang Wen guna untuk video:
Camera: https://shope.ee/cQLJAvp3
Tripod: https://shope.ee/1fkeKTk1TN
Lampu Belakang (Purple/Ungu): https://shope.ee/5ztdUZ4VCC
Lampu Soft Box: https://shope.ee/fs78qeJf6
Lampu Kuning: https://shope.ee/4V4phyRgrw
Pokok Hiasan: https://shope.ee/4KlPVivyoc
Laptop: https://shope.ee/6KWTtVugJk
Sound Card: https://shope.ee/5paDIfctiX
Microphone: https://shope.ee/2VJlKc1JAm
#sarawak #gawaidayak #kanowit
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: