LAWATAN PENGERUSI JBPNS KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) MASJID DARUL ISTIQLAAL Kpg Sg Maong
Автор: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak
Загружено: 2026-02-22
Просмотров: 14
Описание:
KUCHING, 22 Februari 2026 – Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Darul Istiqlaal, Kampung Sungai Maong pada pagi tadi bagi meninjau keadaan mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Kehadiran beliau adalah untuk memastikan kebajikan mangsa terjamin, di mana beliau turut meluangkan masa menyantuni seramai 65 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di pusat tersebut. Dalam lawatan yang sama, Datuk Amar Douglas Uggah turut menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan (food basket) bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
Mengiringi beliau dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Hj. Ibrahim Baki; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Felicia Tan Ya Hua; Pengarah DID Sarawak, Datu Ahmad Denny; Residen Bahagian Kuching, Puan Hajah Dayang Joanita Azizah; Pengarah UKPS, Tuan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Rahim serta ketua-ketua agensi keselamatan dan teknikal yang lain.
Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, PPS Masjid Darul Istiqlaal telah ditutup secara rasmi setelah keadaan cuaca bertambah baik. Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
#ukps #jpbns #SDMC #AnHonourToServe #safeandsecuredsarawak
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: