BACAAN SURAH YASIN (3 KALI) Amalan Malam Nisfu Sya'ban
Автор: Smart Audio Music
Загружено: 2024-02-24
Просмотров: 1861
Описание:
#nisfusyaban #yasin3kali #surahyasin #syaban
Bacaan: Al-Ustaz Muhammad Abdussalam
Ayuh sama-sama dengarkan dan amalkan bersama di malam nifsu syaban yang diberkati.
Kemuliaan Syaaban antaranya terletak pada malam ke-15 nya (malam Nisfu Syaaban). Malam Nisfu Syaaban turut dikenali sebagai Malam yang Berkat, Malam Penghapusan Dosa, Malam Diperkenankan Doa & Malam Dihidupkan iaitu hati dihidupkan Allah SWT agar tidak lupa kepada-Nya.
Telah berkata Imam As-Syafie Rahimahullah: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam Al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.”
Dianjurkan oleh Para Ulama dengan amalan membaca Surah Yasin (3x)
BACAAN SURAH YASIN PERTAMA
Diniatkan untuk memohon Dipanjangkan Umur dalam Kesihatan yang Baik agar dapat Beribadat Mentaati Allah Ta'ala.
BACAAN SURAH YASIN KEDUA
Diniatkan untuk memohon Diluaskan Rezeki yang Halal & Diberkati.
BACAAN SURAH YASIN KETIGA
Diniatkan untuk memohon Ditetapkannya Iman & Mati dalam Husnul Khotimah.
Semoga Amalan dan hajat diterima Allah Azzawajalla.
Wallahua'lam.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: