Bukan saya arah pindah Zamihan, kata Mujahid
Автор: Free Malaysia Today
Загружено: 2018-08-24
Просмотров: 2589
Описание:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan beliau mengarahkan pendakwah kontroversi, Dr Zamihan Mat Zin, dipindahkan semula ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam selepas dilantik sebagai menteri.
Mujahid yang menafikan dakwaan itu berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan memindahkan Zamihan ke Jakim dan sebarang urusan pemindahan itu tertakluk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Saya tidak tahu, tidak ada arahan pun daripada saya begitu. Itu urusan beliau (Zamihan) dengan kementerian (KDN),” katanya pada sidang media di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari Makkah.
Sebelum ini, Zamihan mendakwa selepas Mujahid dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengetuai Jakim, beliau diarahkan pindah dari KDN ke Jakim dalam masa 24 jam.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: