𝐉𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐑𝐞𝐛𝐮𝐬 - 𝐊𝐮𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Автор: JaPen Terengganu
Загружено: 2024-03-18
Просмотров: 904
Описание:
KUALA TERENGGANU, 19 Mac – Selain dimakan sebagai ulam, jering juga boleh direbus dan dinikmati bersama kelapa parut dan gula serta mempunyai aura dan peminatnya tersendiri.
Pengusaha kedai Raja Jering Mohd Zulkhairi Ali, 37, mengakui kudapan tradisional ini masih ramai penggemarnya dan sering kali menjadi buruan perantau ketika pulang bercuti ke negeri ini untuk mendapatkan jering rebus yang enak dimakan ketika masih panas sebagai kudapan seisi keluarga.
“Tidak ramai yang mengusahakan kudapan tradisi ini kerana untuk menghasilkan jering rebus yang berkualiti dan selamat dimakan perlu direbus dengan kaedah yang betul dan menggunakan ramuannya yang tersendiri dan ini menyebabkan jering rebus sukar ditemui dan diusahakan untuk jualan.
“Bagi memenuhi permintaan penggemar jering rebus sepanjang tahun, kami terpaksa mendapatkan bekalan dari pembekal di seluruh negeri apabila stok jering berkurang di Terengganu”, ujarnya ketika ditemui di premis miliknya di jalan belakang Bukit Besar.
Selain jering rebus, Mohd Zulkhairi turut menjual air rebusan buah kulim yang dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk merawat pelbagai penyakit secara tradisional.
#JabatanPenerangan
#japentrg
#ramadan2024
#keberkatanramadan
#JelajahRamadan
#JeringRebus
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: