Video Korporat Rasmi ILP Kota Samarahan 2015
Автор: Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan
Загружено: 2015-03-15
Просмотров: 1746
Описание:
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA SAMARAHAN
Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS) telah ditubuhkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dibawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999, bertujuan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir Malaysia dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat pertengahan dengan pengkhususan dalam bidang-bidang yang berteknologi tinggi dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan.Dengan keluasan 40.7 ekar, ianya dijangka dapat menampung seramai 720 orang pelatih setiap tahun. Institut Latihan Perindustrian ini hanya terletak kira-kira 10km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan 12km dari pusat bandaraya Kuching.Institut ini telah memulakan operasi pada Februari 2001 dan diharap dengan penubuhan institut ini penambahan tenaga mahir yang sangat - sangat diperlukan oleh industri di Sarawak, amnya di Malaysia, dapat dipenuhi. Disamping itu ILPKS juga membuka peluang kepada pekerja industri di Sarawak untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.
www.ilpks.gov.my
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: