EP184 | Agenda Reformasi 2026, Muafakat Nasional 2.0, Krisis ATM, US-Venezuela
Автор: Keluar Sekejap
Загружено: 2026-01-12
Просмотров: 53565
Описание:
Episod 184 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas Amanat Tahun Baharu Perdana Menteri yang menggariskan beberapa reformasi institusi utama menjelang 2026, termasuk Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, Pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Penggubalan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dan Penubuhan sebuah institusi Ombudsman yang bebas.
Episod ini juga meneliti pendirian Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak agar UMNO menarik diri daripada kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta seruan supaya UMNO dan PAS kembali bersatu atas nama penyatuan politik orang Melayu.
Dalam segmen keselamatan negara, KS membincangkan krisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan pendedahan kes rasuah melibatkan pegawai kanan serta penyebaran video tular di TikTok yang mendakwa wujud perlakuan tidak bermoral dalam sebuah kem tentera dan implikasinya terhadap integriti institusi pertahanan negara.
Bagi isu antarabangsa, episod ini turut mengulas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Venezuela, susulan penangkapan Maduro.
Timestamp EP184
00:00 Intro
6:28 Agenda Reformasi 2026
16:29 Had Tempoh PM
32:25 Pemusatan Kuasa PM
36:20 Penangguhan E-Invoice
40:10 UMNO Tarik Diri Dari Kerajaan?
1:07:30 Pembangkang Berpecah
1:15:56 Krisis ATM
1:35:00 Ketegangan US-Venezuala
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod #keluarsekejap 2026
📞 +6011-1919 1783
✉️ [email protected]
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: